Pelakon Shahriza Mahmud Berang Sikap Biadap Petugas Hospital

19 November 2015. 12.04 PM
22,006
Hiburan
Pelakon Shahriza Mahmud Berang Sikap Biadap Petugas Hospital

Pelakon popular era 90an, Shahriza Mahmud tampil mengkritik sikap yang ditunjukkan beberapa petugas di sebuah hospital di Negeri Sembilan yang  dikatakan biadap.

Menerusi status akaun Facebook miliknya, Shahriza meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati dengan layanan doktor dan jururawat bertugas terhadap adiknya yang bersalin dalam usia kandungan lima bulan.

Antara ayat yang digunakan oleh petugas di hospital tersebut ialah 'kalau tak tahan sakit jangan mengandung'.

Shahriza juga turut menasihatkan agar mereka yang berhasrat untuk menjadi doktor atau jururawat untuk memiliki bukan sekadar ilmu, tetapi juga rasa perikemanusiaan yang tinggi.

Dalam pada itu, Shahriza turut memaklumkan bayi adiknya meninggal dunia kerana lahir tidak cukup bulan.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Astro Awani


Artikel Berkaitan


Komen