David Beckham Dipilih Lelaki Paling Seksi 2015

19 November 2015. 1.02 PM
2,582
Hiburan
David Beckham Dipilih Lelaki Paling Seksi  2015

Bintang bola sepak dunia, David Beckham dipilih sebagai Lelaki Paling Seksi 2015 atau ‘Sexiest Man Alive’ oleh majalah antarabangsa, People baru-baru ini.

Menerusi temubual eksklusif bersama majalah People, Beckham,40, menjelaskan tidak terlintas fikirannya untuk berada di tahap sekarang.

“Saya tidak pernah merasakan saya seorang yang menarik dan seksi. Apa pun saya sangat gembira untuk menerima penghargaan ini.

“Mungkin saya suka tampil dengan pakaian yang cantik dan menarik untuk kelihatan segak serta bagus. Tetapi tidak pernah terfikir untuk berada di tahap ini,” ujar David Beckham kepada majalah People.

Dalam pada itu, Beckham turut berkongsi reaksi isterinya, Victoria Beckham yang terkejut dan ketawa apabila suami dipilih Lelaki Paling Seksi 2015.

“Saya harap dia (Victoria Beckham) akan rasa perkara yang sama sepanjang masa. Isteri dan anak-anak seakan terkejut dan tertawa apabila mendapat tahu saya dinobatkan Lelaki Paling Seksi untuk tahun ini.

David Beckham dan Victoria Adams mendirikan rumah tangga pada 4 Julai 1999. Mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Brooklyn, 16, Romeo, 12, Cruz, 10, dan Harper, 4.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: People, USA Today, 


Artikel Berkaitan


Komen