Pelakon Shukri Yahaya Selamat Bergelar Suami, Wang Hantaran Dirahsiakan

21 November 2015. 11.34 AM
10,093
Hiburan
Pelakon Shukri Yahaya Selamat Bergelar Suami, Wang Hantaran Dirahsiakan

Pelakon Shukri Yahaya selamat bergelar suami kepada pasangan pilihan Tya Adnan dengan sekali lafaz kira-kira jam 3.36 petang pada petang Jumaat di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya.

Shukri atau nama sebenarnya Mohd Shukri Yahaya, 27, menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300 termasuk sebentuk cincin manakala wang hantaran dirahsiakan selain tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang daripada pihak Tya.

Antara hantaran yang diberikan pihak pengantin perempuan adalah senaskah Al-Quran dan telekung, set minyak wangi, tas tangan, set alat solek, kek dan sirih junjung.

Manakala Shukri menerima senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.

Dalam pada itu, Tya atau nama sebenarnya Siti Nurfatihah Ahmad Adnan melahirkan rasa syukur dan gembira selepas selamat bergelar isteri kepada Shukri.

"Alhamdulillah kami kini sah sebagai suami isteri dan perasaan sudah tentu gembira dan bersyukur.

"Kami tidak sabar untuk melayari alam rumah tangga selepas ini," katanya.

Majsli persandingan pasang ini bakal  diadakan di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong dekat sini pada Sabtu.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: mStar Online


Artikel Berkaitan


Komen