Carta Digi Online #JuaraParodi diperkenalkan dalam program Juara Parodi yang bersiarana secara langsung pada malam Jumaat.

Menariknya carta ini, penonton boleh memilih persembahan kegemaran mereka setiap minggu.

Berkonsepkan people choice, undian Carta Digi Online #JuaraParodi boleh dilakukan menerusi laman webwww.juaraparodi.com.my.

Penonton boleh mengundi persembahan pilihan mereka bermula malam ini dan keputusan akan diumumkan 15 minit sebelum konsert #JuaraParodi bermula minggu hadapan.

Berikut merupakan cara undian bagi Carta Digi Online #JuaraParodi:

·Undian secara online bermula selepas tamatnya rancangan #JuaraParodi, 12.00 tengah malam, Sabtu dan tamat pada hari Jumaat berikutnya pada jam 9.30 malam.

·Undian boleh dilakukan sekali sehari.

·Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik.

·Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu.

·Bagi pengguna DiGi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi. Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

·Undian berlangsung dari 21 November 2015 sehingga 18 Januari 2016.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial. #JuaraParodi disokong oleh Digi. Isi semula dengan Digi Smart Prepaid™ atau Digi Best Prepaid terbaru untuk menikmati 1.2GB Internet dan RM12 kredit IDD percuma sebulan dengan rangkaian 4G LTE terluas.Promosi tamat pada 30 November 2015 ini.