Siapa sangka permainan Hoverboard mampu merapatkan hubungan Chacha dan Emma Maembong kerana sejak memiliki peralatan sukan tersebut, pasangan adik-beradik ini lebih kerap meluangkan masa bersama.

Chacha berkata, aktiviti 'Hoverboard' biasanya dilakukan ketika mereka bersiar-siar di pusat membeli belah.

"Sebenarnya ketika Hoverboard mula popular di Malaysia, saya terus berminat untuk memilikinya kerana saya memang suka mencuba sesuatu yang baru. Sebelum ini pun saya sudah biasa bermain skateboard serta ice skating.

"Bagaimanapun selepas saya membeli Hoverboard dan mula bermain dengan permainan ini, Emma pula terpengaruh dan tertarik untuk memilikinya.

"Kesudahannya bukan kami berdua sahaja yang main Hoverboard ini, kakak saya Baby dan suaminya juga turut ikut bermain sama.

"Lebih menyeronokkan apabila kami keluar bersama, semua akan bawa Hoverboard masing-masing. Kami juga pernah bersiar-siar di pusat membeli-belah dengan Hoverboard," katanya.

Untuk melihat gelagat Chacha bermain Hoverboard, saksikan sendiri dalam program realiti The House.

Jangan lupa saksikan trio adik- beradik Chacha, Emma dan Yaya dalam The House yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30