Drama adapatasi novel, Tuan Anas Mikael cetus fenomena baru apabila menjadi trending selama dua minggu berturut-turut di laman sosial Twitter.
Selain mendapat sambutan hangat penonton setiap kali tayangannya di televisyen, novel ditulis Syammuriezmil ini turut menjadi rebutan peminat drama bersiri tersebut.
Buktinya, ketika majlis ramah mesra pelakon Tuan Anas Mikael yang berlangsung di perkarangan kedai buku MPH Nu Sentral baru-baru ini, kira-kira 200 orang peminat telah hadir untuk mendapatkan tanda tangan aktres dan aktor drama yang sedang popular itu.
Kehadiran Aaron Aziz, Zara Zya, Raja Ilya, Ziela Jalil dan Datuk Shah Rezza telah memeriahkan lagi suasana pada acara tersebut.
Mengejutkan apabila para peminat tidak mahu berganjak dan sanggup beratur panjang untuk mendapatkan autograf selain bergambar bersama barisan pelakon.
Drama penerbitan Pena Creative Pictures arahan Raja Ahmad Alauddin ini bersiaran setiap Isnin hingga Khamis di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Drama Tuan Anas Mikael mengisahkan tentang Tuan Anas Mikael yang telah diberikan tempoh tiga bulan oleh Puan Sri Tengku Anansa untuk mencari seorang wanita yang sempurna. Jika tidak, dia akan disatukan dengan calon pilihan Puan Sri, iaitu Safra Ariana yang merupakan cucu kepda Tun Akhiruddin.
Selepas dua bulan berlalu, Tuan Anas Mikael gagal mencari seorang yang sempurna. Dia kemudian membuat perancangan menjadikan Ayu Maisarah yang merupakan anak tukang cuci di rumahnya sebagai calon pilihan. Ayu terpaksa menjalani pelbagai latihan persiapan diri tanpa mengetahui tujuan sebenar Tuan Anas Mikael. Ayu Maisarah sekadar menurut kerana menyangkakan Tuan Anas Mikael ingin memilihnya sebagai pengurus projek di Krabi.
Dalam masa yang sama, Tuan Anas Mikael tidak mengetahui bahawa Ayu Maisarah sebenarnya menyimpan satu rahsia besar dan bersetuju dengan penyamaran tersebut kerana tidak mahu rahsia itu terbongkar.
Dalam tempoh penyamaran sebagai kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh hati. Namun Ayu Maisarah tidak mahu peristiwa lalu berulang kembali, jadi rasa cintanya itu tidak pernah diluahkan pada Tuan Anas Mikael.
Satu hari ketika di Krabi, Tuan Anas Mikael sendiri yang meluahkan rasa cintanya kepada Ayu. Tetapi Ayu menolak.
Apa kesudahan kisah ini? Jangan lupa saksikan kisah penuh rahsia dalam Drama Tuan Anas Mikael.
Kepada para peminat Tuan Anas Mikael, Astro Gempak kongsikan kepada anda beberapa foto menarik ketika majlis ramah mesra baru-baru ini:
Teks Oleh: Hafiza Kamarudin
Foto: MPH & Astro Gempak
Ahmad Shah
Sun Nov 22 2015
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.
Tom Takut Disaman, Padam Perkongsian Mengenai Sarah Yasmine - “Mana Nak Cekau Nak Bagi Kat Awak 100K, 300K”
Tom padam perkongsian mengenai Sarah Yasmine.
Ruhainies Mohon Maaf Kepada Bella Astillah, Luah Hasrat Untuk Bertemu - “Saya Mahu Mengajak Sarah Yasmine Juga…”
Semoga dapat selesai dengan baik.