Gegar Vaganza 2 (GV2): Peribadi Nizam Buka Hati Datuk Seri Vida Taja Pergi Umrah

24 November 2015. 12.02 AM
31,623
Hiburan
Gegar Vaganza 2 (GV2): Peribadi Nizam Buka Hati Datuk Seri Vida Taja Pergi Umrah

Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida memberitahu sudah lama berhajat untuk menaja penyanyi Nizam Laksamana menunaikan umrah.

Datuk Seri Vida berkata, dia berniat memberikan hadiah tersebut dari awal dan bukannya secara spontan. 

"Saya memang tahu Nizam berhasrat untuk pergi haji sejak dari peringkat pemilihan lagi. Saya juga selalu mengikuti perkembangan dirinya selepas itu.

"Saya juga dapat tahu Nizam selalu menjadi imam kepada artis-artis dan krew di tempat latihan Gegar Vaganza 2 (GV2). Walaupun sibuk dengan latihan, apabila masuk waktu solat Nizam tidak lupa.

"Jadi personaliti dia itu yang telah menyentuh hati saya. Saya berharap yang terbaik untuknya selepas dia pulang dari umrah nanti.  InsyaAllah,” katanya. 

Terdahulu, Nizam terkejut  apabila penaja utama program GV2, Datuk Seri Vida, menawarkan pakej menunaikan umrah kepadanya dan isteri selepas tersingkir pada konsert keenam malam Ahad lalu.

Nizam dijangka berangkat ke tanah suci sebaik sahaja tamat program GV2  nanti.

Olahan Semula: Hafiza Kamarudin

Sumber: Media Hiburan Online


Artikel Berkaitan


Komen