Pelakon Emma Maembong terkejut apabila kakaknya, Yaya bertanya soal kahwin ketika mereka sedang menikmati hidangan minum petang di sebuah hotel mewah.

Bagaimanapun, Emma tetap menjawab segala persoalan kakaknya itu dengan penuh rasa tenang dan hormat.

Perbualan mereka bertambah rancak apabila Yaya turut bertanyakan tentang ciri-ciri lelaki idaman adik kesayangannya itu.

Ternyata menerusi perbualan itu, Yaya telah berjaya membongkar ciri-ciri lelaki idaman Emma dengan lebih mendalam.

Pada masa yang sama, Yaya kelihatan sangat prihatin dan dilihat sangat berusaha untuk mendekati jiwa sebenar adiknya.

Dari satu sisi lain, ia dapat memperlihatkan keakraban sebenar hubungan mereka adik beradik.

Sementara itu, Chacha hanya memerhatikan gelagat kedua-dua kakaknya itu yang kelihatan sangat serius ketika berbual.

Untuk melihat reaksi Emma ketika diajukan tersebut oleh Yaya, saksikan episod kelima program realiti keluarga ini, esok (Rabu).

Anda juga berpeluang untuk mengetahui tentang ciri-ciri lelaki idaman Emma, menerusi The House yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my.

The House boleh ditonton secara online pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.