Air merupakan sumber terpenting dalam kehidupan seharian manusia.

Terputus bekalan air, khususnya pada musim kemarau pasti menyusahkan dan baru-baru ini penduduk di Kelantan, Pahang dan beberapa buah negeri lain di Malaysia, telah hilang sumber air selepas banjir besar melanda.

Untuk menangani masalah itu, seorang individu kreatif dikenali dengan nama Hazrin, telah mencipta sebuah alat penapis air dengan kegunaan khusus ketika berlaku kecemasan.

Masalah gangguan bekalan air di saat runcing juga menjadi platform terciptanya penapis air ini dan menariknya ia boleh digunakan di kawasan luar bandar atau pedalaman.

Menggunakan teknologi tenaga solar,penapis ini mampu mengeluarkan 30 liter air dalam masa sejam untuk kegunaan seramai 30 orang.

Selain daripada menggunakan tenaga solar,penapis ini juga menggunakan sistem pam manual dan ia boleh dibawa ke mana mana sahaja kerana bersifat mudah alih.

Sistem penapis ini mempunyai rangkaian penapisan kotoran,katrij ultra mikro,penyah bau,rasa dan warna serta sistem penyah kuman yang cukup efektif dimana air boleh dinikmati kesegarannya serta merta tanpa perlu dimasak.

Ternyata inovasi ini memberi kelegaan dan kemudahan pada masyarakat di luar sana untuk beraktiviti tanpa perlu berasa kurang selesa untuk menikmati air yang telah ditapis meskipun berada di luar kawasan.

Selain itu, penapis air yang dicipta Hazrin juga boleh digunakan untuk aktiviti lasak seperti meredah hutan, mendaki gunung dan sebagainya.

Penambahbaikan penapis ciptaannya ini lebih praktikal untuk kegunaan kapasiti besar di kawasan luar dalam jumlah tertentu.