Bercakap Dengan Jin: Sumpah Nasi Tangas Malam Ini

26 November 2015. 11.24 AM
4,053
Drama
Bercakap Dengan Jin: Sumpah Nasi Tangas Malam Ini

Drama adaptasi novel seram popular sekitar tahun 1980an, Bercakap Dengan Jin karya Tamar Jalis kini sudah memasuki episod ke-12 dengan kisah yang lebih menyeramkan.

Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Memasuki episod ke-12 , tayangan pada malam ini bertajuk ‘Sumpah Nasi Tangas’.

Siri ‘Sumpah Nasi Tangas’ bermula datuk dan Tamar pergi ke pekan kecil Terong untuk bertemu dengan kawannya yang akan membawa mereka ke Kuala Terong.

Tetapi kawan datuk  lambat dan mereka hanya boleh bertolak ke Kuala Terong pukul 5 petang.

Sementara menanti jam 5, datuk dan Tamar pergi kerumah kenalan datuk di Pekan Changkat Jering. Selepas berbual agak lama dengan kenalan datuk itu, mereka kembali ke Pekan Terong menanti untuk ke Kuala Terong.  

Apabila tiba, datuk terus dibawa kerumah yang sering diganggu dan apabila ditanya, lelaki tersebut yang sudah kematian isteri mengaku yang dia takut sekiranya makhluk tersebut mula mengganggu rumah orang lain dan dia yang dipersalahkan.

Datuk mula untuk membantu lelaki tersebut walaupun pelbagai gangguan yang diterimanya. Malam itu, seorang perempuan datang ke rumah dan datuk kini tahu yang arwah isteri lelaki tersebut telah memberikan suaminya makan nasi tangas dengan harapan lelaki tersebut akan sentiasa tunduk padanya.

Datuk mula marahkan dengan roh tersebut dan berlaku pergelutan sehingga akhirnya roh tersebut menjerit dan meminta ampun pada suaminya dan terus hilang.

Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Sumpah Nasi Tangas’ yang akan bersiaran pada jam 11 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (135).



Artikel Berkaitan


Komen