Pengganas Yang Bunuh Manusia, Bukan Orang Islam – Aamir Khan

27 November 2015. 11.37 AM
23,144
Hiburan
Pengganas Yang Bunuh Manusia, Bukan Orang Islam – Aamir Khan

Selepas mendakwa tiada toleransi umat Islam di India, Aktor Aamir khan terus menjadi perhatian umum dengan kenyataan terbaru mengenai masalah yang dihadapi umat Islam seluruh dunia.

Menurut pelakon kelahiran Mumbai ini, dia menyangkal dakwaan kononnya segala serangan pengganas di dunia melibatkan orang Islam semata-mata.

“Pada pendapat saya, segala serangan pengganas yang berlaku sekarang tidak boleh dikaitkan dengan agama. Jika pengganas tersebut adalah seorang Muslim, dia bukan pengikut Islam yang sejati. Sama juga sekiranya dia seorang yang beragama Hindu, maka pengganas tersebut bukan mewakili agama Hindu,” jelas Aamir Khan.

Ujar Aamir lagi, tiada agama di dunia yang mengajar pengikutnya untuk saling membunuh antara manusia dan mengorbankan ramai orang yang tidak berdosa.

“Tiada agama yang mengajar kita untuk saling membunuh dan yang akan menjadi mangsa ialah orang yang tidak berdosa. Jadi, jika kamu lihat keganasan kamu harus tahu ianya datang dari pengganas dan bukan secara suka melabelkan agama yang mendalangi perbuatan tersebut,” tambah Aamir lagi.

Minggu lalu Aamir Khan menerima kritikan hebat ramai pihak selepas kenyataannya mengenai sikap tiada tolenrasi masyarakat Hindu terhadap Islam di India sehingga sekumpulan mereka yang beragama Hindu bertindak melakukan demo di hadapan rumahnya.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: India Forums, Indian Express


Artikel Berkaitan


Komen