#JuaraParodi: Shuib Sepahtu Bantu Mark Adam Betulkan Pelat

29 November 2015. 10.27 AM
13,719
Hiburan
#JuaraParodi: Shuib Sepahtu Bantu Mark Adam Betulkan Pelat
Pelawak Shuib Sepahtu membantu penyanyi Mark Adam untuk membetulkan pelat ketika menyanyi dan bertutur dalam Bahasa Melayu.

Bergandingan dalam kumpulan Selamba Blur, Mark berazam untuk memperbaiki kelemahannya dalam #JuaraParodi.

"Shuib banyak membantu saya untuk membetulkan cara pertuturan dan nyanyian dalam Bahasa Melayu. Saya pula masih dalam proses pembelajaran dan tidak akan berhenti untuk memperbaiki mana yang kurang," kata Mark kepada Astro Gempak.

Mendapat respon positif daripada barisan juri dan penonton, Mark nyata terkejut dengan perkara tersebut dan mahu berusaha untuk memberikan yang terbaik setiap minggu.

"Saya terkejut melihatkan kepada penerimaan barisan juri dan penonton. Dalam masa yang sama, saya rasa sangat bersyukur dan mahu memberikan persembahan yang lebih baik di masa akan datang," kata Mark lagi.

Di persaingan kedua #JuaraParodi, kumpulan Selamba Blur mendendangkan lagu Setelah Aku Kau Miliki nyanyian asal Shima. Memparodikan lagu tersebut kepada kisah Shuib yang berhasrat untuk menambah bilangan anak, Selamba Blur diberi tugasan untuk menyanyikan lagu tersebut dalam irama reggae.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari 
www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh Kamaruddin Razal

Artikel Berkaitan


Komen