Sorok Barang, Chacha Maembong Kantoi Bila Kak Long Spot Check Bilik!

29 November 2015. 10.45 AM
24,896
Hiburan
Sorok Barang, Chacha Maembong Kantoi Bila Kak Long Spot Check Bilik!

Suasana banglo didiami Emma, Chacha dan Yaya Maembong menjadi kecoh apabila kakak sulung mereka, yang dipanggil Kak Long datang secara tiba-tiba.

Kedatangan Kak Long mengejutkan ketiga-tiga beradik itu kerana keadaan rumah mereka berselerak dengan straw yang bertaburan di lantai.

Menurut Emma dia terkejut dan risau kerana Kak Long mereka seorang yang cerewet dan suka membebel.

Sangkaannya benar kerana sebaik sahaja Kak Long melangkah masuk ke dalam banglo mereka, dia terus  melakukan ‘spot check’ dan pada masa membebel tentang keadaan rumah yang berselerak.

Penonton boleh melihat sendiri gelagat adik-beradik ini dalam The House episod 5 apabila Kak Long menyuruh mereka mengemas rumah secara gotong-royong.

Menerusi episod ini juga, penonton boleh melihat Chacha kantoi dengan Kak Long apabila menyumbat semua barang yang bersepah di biliknya ke dalam laci meja solek.

Nak tahu apa yang disorok Chacha? Jangan lupa saksikan The House yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

Teks Oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen