Gara-gara salah faham terhadap komen seorang salah seorang pengikut Instagram IG)nya, pelakon Fazura akhirnya malu sendiri kerana netizen telah menuntutnya membuat permohonan maaf terhadap wanita tersebut.

Wanita tersebut yang menggunakan identiti ‘vii.narza’ telah menulis komen ‘Macam KimK yang depan tu’ pada salah satu foto yang dimuat naik Fazura.

Bagaimanapun timbul salah faham apabila penyanyi yang baru keluar dengan single terbaru ‘Hancur Aku’ itu menyangka perkataan ‘KimK’ yang ditulis wanita tersebut sebagai ‘kim*k’.

Fazura kemudiannya bertindak memuatnaik foto wanita tersebut yang telah di ‘screenshot’ di IG miliknya.

Foto tersebut telah mengundang kemarahan netizen yang bertindak mengecam pelakon itu dan menuntut permohonan maaf daripadanya kerana menganggap Fazura telah memalukan ‘vii.nirza’.

Netizen turut menganggap kapsyen yang ditulis Fazura tidak relevan kerana telah mengaitkan hijab dan status ‘ibu’ wanita tersebut.

Nama Fazura semakin panas di laman sosial apabila dia bertindak memadam foto wanita itu tanpa memohon maaf.



Di laman sosial Twitter, Fazura telah menjadi ‘World Wide’ dan ‘Kuala Lumpur Malaysia’ trending.

Setakat ini Fazura dilihat hanya mendiamkan diri tanpa permohonan maaf, tetapi telah memuat status yang meminta pengikut IG tidak menggunakan perkataan singkatan 'double meaning' yang boleh menimbulkan salah faham.

Status tersebut telah ditulis Fazura pada sekeping foto terbarunya yang dimuatnaik kira-kira 3 jam yang lalu dan telah menerima 10 ribu komen dan rata-ratanya masih menyatakan rasa tidak puas hati mereka.

Sebelum ini kesilapan sama pernah dilakukan Azwan Ali yang tersalah sangka perkataan ‘Menate’ sebagai ‘binatang’.