Drama bersiri yang diadaptasi dari novel seram, Bercakap Dengan Jin bakal menemui penonton menerusi episod terakhir iaitu ‘Isterinya Menjadi Kelip-kelip’ malam ini.

Diarahkan oleh Londo Zawawi dan C. Kumerasan, ianya menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Menarik untuk episod kali ini, datuk cerita pada lelaki tersebut tentang apa yang arwah isterinya sudah lakukan padanya. Selesai bercerita, mereka semua cuba untuk tidur tapi pelbagai bunyi dapat didengar diluar rumah tapi datuk hanya membiarkannya. Esoknya, datuk mulakan upacara untuk menghilangkan gangguan yang dialami dikampung tersebut.

Pelbagai perkara ganjil yang datuk temui selama dia cuba untuk mencari jalan untuk membantu mereka. Satu malam, datuk sudah bersedia untuk menghalau mahkluk tersebut dan beberapa orang kampung turut serta. Apabila tiba dirumah lelaki yang diganggu itu, roh isterinya muncul dan setelah beberapa potongan ayat al-quran dibaca datuk berjaya menghalaunya.

Roh tersebut bertukar menjadi kelip – kelip dan selepas itu datuk terus ke tanah perkuburan untuk menimbus kubur wanita itu yang sudah berlubang. Datuk nasihatkan suaminya untuk memaafkan segala dosa wanita itu dan lelaki itu bersetuju.

Apakah perkara ganjil atau halangan yang dilalui datuk sewaktu cuba membantu menghalau mahkluk yang tidak diundang itu?

Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku seterusnya, jangan lupa untuk menyaksikan ‘Isterinya Menjadi Kelip-kelip’ yang akan bersiaran pada jam 11 malam di Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (135).

Teks Oleh: Khalid Rahman