Kehadiran anak Shikin Maembong, Ariana telah membuatkan Yaya, Chacha dan Emma gembira kerana sangat merindui anak saudara mereka yang sudah lama tidak bertemu itu.

Sebaik sahaja Ariana tiba bersama ibunya Shikin atau lebih mesra dengan dengan panggilan Baba itu, Emma terus menyambut bayi comel tersebut.

Bagaimanapun ketika sedang memangku Ariana, bayi comel tersebut termuntah ditangan Emma dan secara spontan dia mencalitkan muntah tersebut ke rambut Chacha.

Selepas insiden tersebut Baba telah memberikan tugasan kepada Chacha, Yaya dan Emma untuk memandikan Ariana.

Namun, Yaya mengelak untuk melakukan tugasan tersebut dengan alasan, dia sudah biasa memandikan Emma, Chacha dan Baba ketika mereka masih kecil.

Yaya juga mahu tugasan memandikan bayi itu menjadi latihan awal kepada adik-adiknya sebelum mereka mendirikan rumahtangga.

Chacha yang kelihatan kekok pada mulanya merasa seronok selepas beberapa ketika dan berjaya mengendalikan tugasan tersebut dengan baik serta mendapat pujian dari Baba.

Selain dari kekecohan yang berlaku ketika memandikan bayi, antara yang menarik dalam The House episod ke-enam ialah ketika Chacha, Yaya dan Emma menunjukkan ‘skill’ mengopek durian.

Cabaran tersebut dimenangi Yaya, namun Chacha dan Emma memprotes kemenangan tersebut kerana menurut mereka, Yaya telah diberikan durian yang sedang untuk dikopek.

Yaya telah menerima durian Musang King sebagai hadiah dan itu mengundang rasa tidak puas hati Emma dan Chacha.

Tetapi rasa tidak puas hati tersebut tidak berpanjangan dan akhirnya mereka menikmati durian itu bersama.

Sikap Chacha dan Emma yang tidak menyimpan rasa kecil hati berpanjangan terhadap Yaya mengukuhkan lagi hubungan mereka adik-beradik.

Sebagai adik-beradik juga, sikap tolong-menolong antara satu sama lain terutama pada saat-saat yang memerlukan adalah sangat penting.

Apakah yang akan berlaku selanjutnya dalam kehidupan adik-beradik Maembong ini? Jangan lupa untuk saksikan episod ketujuh The House, yang akan bersiaran di www.TheHouse.com.my Rabu hadapan, jam 4 petang program yang disokong oleh Kotex®.