12 Perkara Menarik Sepanjang MAMA Music Awards 2015

4 Disember 2015. 8.43 AM
13,855
Hiburan
12 Perkara Menarik Sepanjang MAMA Music Awards 2015

Mnet Asian Music Award 2014 (MAMA 2014) yang berlangsung  di Hong Kong pada Rabu telah menyaksikan BigBang dinobatkan sebagai penerima ‘Song of The Year’ dan  ‘Artist of The Year’.

Manakala anugerah ‘Album of The Year’ pula dimenangi oleh kumpulan Exo.

Namun disebalik kemeriahan acara tersebut, terdapat juga beberapa kejadian kurang enak yang berlaku sehingga menjadi perbualan hangat di Korea.

Di sini Astro Gempak kongsikan tujuh perkara menarik berlaku sepanjang MAMA Awards berlangsung.

1. Kawalan keselamatan terlalu ketat sehingga berlaku kesesakan di pintu masuk auditorium.

2. Difahamkan MAMA Awards 2015 bermula lewat daripada waktu yang dijadualkan.

3. Menerusi laman Twitter, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati kumpulan BTS dan GOT7 hanya menyampaikan sebuah lagu sedangkan artis lain diberi dua atau tiga lagu.

4. Disebabkan kasut tumit tinggi yang dipakai tidak stabil, anggota kumpulan Twice Nayeon hampir terjatuh di atas pentas ketika menerima anugerah ‘Best New Female Artist’ namun sempat berpaut pada rakannya.

5. Demi menghargai peminat luar negara, ketua kumpulan BTS, Rap Monster telah bertutur dalam Bahasa Inggeris sewaktu ditemubual oleh hos MAMA Awards 2015.

6.  Hos karpet merah MAMA Awards 2015 dikecam netizen kerana bersikap biadap terhadap Rap Monster dengan memintanya untuk bertutur bahasa Korea dengan nada sinis.

7. 2NE1 membuat kejutan dengan muncul di pentas bersama CL, Minzy, Park Bom dan Dara dengan meyampaikan lagu ‘Fire’ dan ‘I Am The Best’.  (Ada peminat yang menangis tau tengok persembahan 2NE1)

8. Sewaktu acara berlangsung, Seungri sempat mengambil gambar ‘selfie’ bersama Taeyang, Top, Daesung dan GD. Foto tersebut kemudiannya dimuat naik di akaun instagramnya.

Chow Yun Fat 'berwefie' bersama BigBang.

9. Pelakon terkenal, Chow Yun Fat juga tidak ketinggalan mengambil peluang merakamkan momen indah bersama BigBang dengan mengambil ‘welfie’ bersama mereka. (comel tau gaya mereka ambil gambar).

10. BigBang pukau peminat dengan persembahan bertaraf antarabangsa dan mereka telah menyampaikan lagu hit berjudul ‘Bang Bang Bang’, ‘Bae Bae’ serta ‘Loser’.

11. Kontroversi berlaku apabila ramai artis pulang sewaktu BigBang dinobatkan sebagai ‘Artist of The Year’. Malah tempat duduk artis juga banyak yang kosong.

12. Netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pihak pengurusan MAMA Awards 2015 yang menunda acara itu lewat satu jam menjadi punca artis-artis terpaksa pulang awal kerana jadual kerja yang padat.

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen