Kumpulan Abang Face yang dianggotai oleh Sam Bunkface, Joey dan Shuk, telah berjaya menyerlah buat kali kedua dalam program #JuaraParodi.

Pada program tersebut yang berlansung minggu lalu, Abang Face mengutip markah tertinggi mengenepikan sembilan kumpulan lain.

Menyampaikan lagu Teratai nyanyian asal kumpulan Sweet Charity dalam versi parodi, Abang Face berjaya menyuntik elemen komedi dalam lagu tersebut. Selain itu, mereka berjaya mengubah lagu rock kepada sebuah lagu Pop Yeh Yeh dengan baik sekali.

Kumpulan Selamba Blur mendapat tempat kedua manakala kumpulan Mawi & The Loyar, Righthanded, Juri dan Kobis Pedas mengekori rapat. Black Dot Chey, Cuba Teka, Skru dan Senaman pula terpaksa berpuas hati mendiami empat kedudukan terbawah.

Anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Jika tidak, anda mampu mengubahnya! Jom undi Carta Digi Online #JuaraParodi untuk memilih peserta kegemaran anda! Selain diberi peluang untuk memilih peserta kesukaan anda, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Bagi pengguna Digi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi. Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Jadi, apa tunggu lagi? Jalankan tugas anda untuk mengundi perserta kesukaan anda! Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik. Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki akan bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial. #JuaraParodi disokong oleh Digi. Isi semula dengan Digi Smart Prepaid™ atau Digi Best Prepaid terbaru untuk menikmati 1.2GB Internet dan RM12 kredit IDD percuma sebulan dengan rangkaian 4G LTE terluas. Promosi tamat pada 30 November 2015 ini.