#JuaraParodi: Emosi Iringi #PakYusDalamKenangan

5 Disember 2015. 6.31 PM
23,320
Hiburan
#JuaraParodi: Emosi Iringi #PakYusDalamKenangan

Minggu kelima #JuaraParodi yang mengenang pemergian pelawak Allahyarham Yussry Edoo atau Pak Yus berlangsung penuh emosi.

Mengangkat tema #PakYusDalamKenangan, semua peserta program itu berkongsi memori bersama Pak Yus di atas pentas #JuaraParodi.

Suasana di Teater Shah Alam menjadi sayu sepanjang dua jam program tersebut bersiaran secara langsung.

Ramai peserta dan penonton tidak dapat menahan  air mata ketika perkongsian mengenai Pak Yus disampaikan di atas pentas.

Dijayakan oleh peserta #JuaraParodi seperti Zero, Mawi, Shuib, Mark Adam, Sam Bunkface,  Zoey, Shuk, Zahid, Zulin Aziz, Sherry Al-Hadad, Tomok, Rahim, Ajak, Datuk Hattan, Waris, Abam, Fad Bocey, Firman,  Azlee Senario, Lan Pet Pet, Black dan Achey, program itu turut disertai oleh kumpulan Rabbani, Dato' AC Mizal dan Sabri Yunus.

Selain menyampaikan sajak mengenang Pak Yus, peserta #JuaraParodi turut menyampaikan lagu seperti Salam Terakhir, Pelangi Petang, Kau Ilhamku dan banyak lagi.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen