Pengguna Media Sosial Imbas Keramahan Almarhum Tunku Jalil

6 Disember 2015. 8.52 AM
45,183
Hiburan
Pengguna Media Sosial Imbas Keramahan Almarhum Tunku Jalil

Berita sedih terus menyelubungi media sosial negara berikutan kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil malam tadi.

Antara akaun awal yang mengumumkan berita kemangkatan itu ialah Tengku Puan Pahang menerusi Instagram rasmi baginda.

Rata-rata pengguna media sosial mengimbas keramahan dan kemesraan baginda sewaktu hayatnya.

Almarhum Tunku Abdul Jalil disahkan meninggal dunia pada 7.11 malam di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada Sabtu (5 Dis 2015)

Pengumuman tentang kemangkatan baginada dibuat oleh Yang Dipertuan Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Kerajaan negeri turut mengumumkan bendera dikibarkan separuh tiang dan diperintahkan berkabung selama 3 hari.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Almarhum Tunku Jalil.

 

Artikel Berkaitan


Komen