Gegar Vaganza (2): Apa Yang Penonton Di Rumah Tak Tahu

7 Disember 2015. 3.47 AM
83,056
Hiburan
Gegar Vaganza (2): Apa Yang Penonton Di Rumah Tak Tahu

Konsert Separuh Akhir Gegar Vaganza 2 (GV2)  bertemakan ‘Karok  Tarik’ pada minggu ini telah menampilkan persaingan sengit di antara peserta.

Bagaimanapun penyanyi Azian Sapwan Mazuwan terpaksa menerima hakikat gegarannya terhanti pada malam separuh akhir yang berlangsung pada malam Ahad.

Jika Azian terpaksa meninggalkan pentas GV2, Siti Nordiana pula kembali menunjukkan kehebatannya apabila berjaya berada di tempat teratas selepas berjaya menyanyikan lagu Mengapa dengan baik sekali.

Selain dari persembahan tujuh peserta yang anda saksikan di kaca televisyen, ada beberapa perkara menarik berlaku di auditorium tidak dapat anda lihat.

Antaranya:

1. Penyanyi Maya Matahari, Datuk Salwa Abdul Rahman dan Rohana Jalil antara artis yang berkabung atas kemangkatan Almarhum YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil.

2. Farahdhiya hampir tarik diri kerana masalah jangkitan di peti suaranya, namun Datuk Ramli MS menasihatkan penyanyi itu supaya terus bertahan.

3. Haiza menangis sebelum segmen ‘Ada Lagu Ada Lagi’ berlangsung dan terpaksa ditenangkan oleh ‘Floor Manager’.

4. Jihan tidak dapat mengawal emosinya selepas video Allahyarham Pak Yus ditayangkan dan telah ‘menghilangkan’ diri buat seketika.

5. Nabil kelihatan sugul selepas video belasungkawa disiarkan, dan dia menenangkan sahabatnya Jihan selepas itu.

6. Ramai penonton berpendapat Haiza peserta yang penuh ‘effort’ dan layak memenangi Persembahan Terbaik jika kategori itu diwujudkan.

7. Para peserta tertanya-tanya siapa pasangan mereka di pusingan ‘battle’ pada konsert akhir kerana pihak produksi masih merahsiakan perkara tersebut sehingga program tamat.

8. Datuk Seri Vida gembira kerana jualannya Qu Puteh dan Pamoga di 'booth' mendapat sambutan hangat penonton di MBSA.

Sama-sama kita saksikan konsert akhir GV2 minggu hadapan, yang dibawakan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan disiarkan di saluran rasmi Astro Ria (saluran 104) serta saluran serentak Ria HD (saluran 123), pukul 9 malam.

Tiket untuk konsert akhir boleh didapati di www.ticketcharge.com.my

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin


Artikel Berkaitan


Komen