#JuaraParodi: Selepas Pemergian Pak Yus, Tauke & Misha Omar Belum Buat Keputusan

7 Disember 2015. 10.51 AM
31,878
Hiburan
#JuaraParodi: Selepas Pemergian Pak Yus, Tauke & Misha Omar Belum Buat Keputusan

Ju‪ri tetap #JuaraParodi, Afdlin Shauki menjelaskan pelawak Tauke Jambu dan penyanyi Misha Omar belum membuat keputusan sama ada mahu terus bertanding dalam program tersebut.

Afdlin yang juga merupakan penerbit eksekutif Vision Works berkata, Tauke dan Misha diberi kelonggaran sama ada mahu meneruskan persaingan mereka dalam #JuaraParodi atau menarik diri.

"Mereka yang berada dalam kumpulan Kobis Pedas bersama Allahyarham Yus Jambu masih belum membuat keputusan sama ada mahu terus berada dalam persaingan #JuaraParodi atau sebaliknya," kata Afdlin.

Tiada sebarang halangan untuk Misha dan Tauke, Afdlin turut menjelaskan pihak produksi memahami situasi yang dihadapi oleh mereka.

"Pihak Astro dan Vision Works sendiri tiada bantahan atas keputusan yang bakal mereka lakukan kelak. Ini kerana, kami faham dengan keadaan Tauke dan Misha yang masih bersedih atas pemergian Allahyarham," kata Afdlin lagi.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

Teks oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen