Emma Maembong Teringin Timang Cahaya Mata

7 Disember 2015. 10.57 AM
9,897
Hiburan
Emma Maembong Teringin Timang Cahaya Mata

Pelakon Emma Maembong akui teringin untuk menimang cahaya matanya sendiri jika dia ditakdirkan berumah tangga suatu hari nanti.

“Semua wanita akan merasai  keinginan untuk mempunyai anak sendiri satu hari nanti,” kata Emma yang sangat sukakan bayi itu.

Pada episod ke-enam rancangan realiti digital The House baru-baru ini, Emma tidak kekok mendukung dan menjaga Ariana, anak kepada Siti Nurashikin Ismail yang mesra dengan panggilan Baba.

Menerusi episod itu juga terpancar sifat keibuan Emma ketika bersama Ariana dan dia juga berjaya menyelesaikan tugasan untuk menguruskan bayi tersebut dengan baik.

Sementara itu ketika ditanya adakah sifat keibuan yang ada padanya itu membuktikan dia sudah bersedia membina keluarga sendiri, Emma tidak menafikannya.

“Insya Allah, kalau dah sampai jodoh, saya akan berkahwin juga,” jawabnya ringkas.

Selain Emma, The House turut menampilkan adik dan kakaknya, Chacha dan Yaya.

The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak dan www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.

 Teks Oleh: Syafiqah Jalal


Artikel Berkaitan


Komen