Pelawak Tauke Jambu Selamat Bertunang

7 Disember 2015. 12.19 PM
55,555
Hiburan
Pelawak Tauke Jambu Selamat Bertunang

Pelawak Tauke Jambu, 39, selamat melangsungkan pertunangan dengan wanita pilihannya, Nadia pada petang Ahad. 

Berita pertunangan Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria dikongsi menerusi laman Facebook Era FM.

“Tahniah @taukejambu yang dah selamat langsungkan pertunangan dengan gadis pilihannya, Nadia siang tadi,” dipetik menerusi kapsyen Facebook Era FM.

Tauke yang juga penyampai radio Era itu tampil sedondon bersama tunangnya dengan baju berwarna Merah Jambu.

Majlis tersebut dikhabarkan berlangsung di rumah pihak perempuan di Terengganu.

Namun sehingga kini, Tauke sendiri masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi mengenai majlis pertunangannya melalui media mahupun laman media sosial miliknya.

Portal Astro Gempak mengucapkan tahniah kepada Tauke dan pasangan dan semoga ikatan mereka kekal ke hingga akhir hayat.

Teks Oleh: Khalid Rahman


Artikel Berkaitan


Komen