Drama terbaru adaptasi novel Tersuka Tanpa Sengaja yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) menjadi sebutan pengguna laman sosial.

Karya Pena Kayu yang diangkat ke skrin TV oleh produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd mula bersiaran pada Isnin dan telah mencatat lebih satu juta penonton.

Rata-rata pengguna laman sosial memuji lakonan Emma Maembong yang bersahaja dan kemampuannya membawa watak Farhah dengan baik.

Lakonan pendatang baru Hafreez Adam sebagai Doktor Armand juga tidak kurang hebatnya dan menjadi sebutan ramai penonton drama tersebut.

Watak Doktor Syed Arif yang dibawa oleh Amar Baharin dan Katrina yang dilakonkan Amyra Rosli turut menjadi perbualan ramai.

Drama romantik komedi 16 episod ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Keoi Haji Khalid dan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis.

Jangan lupa saksikan Farhah, Katrina, Dr. Syed Arif dan Dr. Armand pada malam ini dan minggu-minggu seterusnya untuk melihat sendiri kesudahan kisah mereka.