Bekas peserta program Akademi Fantasia musim pertama, Nana Mahazan sengaja menguji tahap kesabaran suaminya, Raqeem Brian.

Nana sengaja meninggalkan anaknya Altea kepada suami, untuk melakukan aktiviti di dalam dan luar rumah bersama.

Tugasan yang diberikan Nana kepada Brian menjadi satu cabaran kepada suaminya itu kerana terpaksa melakukan tugasan harian seorang ibu.

Semuanya dapat anda saksikan dalam program terbaru ‘Papa Hero Saya’ musim kedua yang menampilkan selebriti lelaki yang kini bergelar bapa. Mereka bakal diuji dengan pelbagai tugasan mencabar menjaga anak-anak mereka sewaktu ketiadaan isteri.

Antara selebriti yang bakal terlibat dalam ‘Papa Hero Saya 2’ ialah Hanif Hamzah, Sabhi Saddi, Eizlan Yusof, Zahiril Adzim, Rusdy Ramli, Que Haidar, Zulkifl (Ijoy) dan ramai lagi!

Dalam episod pertama, Brian bakal diuji apabila harus menjaga dua orang cahaya matanya iaitu Althea, 5, sehari suntuk di rumah.

Lebih parah, Brian harus melayan kerenah dan telatah Althea serta diuji dengan cabaran memasak!

Adakah Brian berjaya atau meniadi hero kepada anaknya?

Jangan lupa untuk menyaksikan telatah bapa-bapa selebriti bersama anak mereka tanpa kehadiran ibu mereka, tonton Papa Hero Saya mulai 9 Disember ini di Astro Ria, setiap Rabu jam 9 malam.

Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ining menjadi terbaik buat anak mereka di facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.

Teks Oleh: Khalid Rahman