Pengawal peribadi kepada aktor Bollywood, Salman Khan bertindak ganas dengan memukul salah seorang peminat yang sedang menanti kemunculannya di luar kediaman miliknya, di New Delhi.

Peminat tersebut, Sanaullah Rehman telah dikejar oleh pengawal peribadi Salman selepas cuba mengambil gambar pangsapuri yang didiami Salman Khan dengan menggunakan telefon pintar miliknya.

Akibat daripada itu, Rehman telah dibelasah berulang kali selain dimarahi dan ditampar setiap kali dia cuba menjelaskan tujuan utama di berada di kawasan pangsapuri tersebut.

Menurut Rehman, dia berada di Pangsapuri Galaxy untuk mengambil gambar Salman tetapi menyedihkan kerana tiada yang membantu ketika dibelasah dengan teruk.

“Saya sedang bercuti dan terfikir untuk ke Bandra dengan tujuan mengambil gambar Salman. Tetapi saya tidak sangka sehingga di belasah dengan cara begitu.

“Apa yang menyedihkan, tiada siapa yang datang membantu sewaktu saya dipukul,” ujar Rehman.

Lebih mengejutkan, pengawal peribadi Salman Khan dilaporkan mengancam pemberita dari ABP kerana melaporkan kejadian yang berlaku.

Rehman kini sedang merancang untuk membawa kes ini ke mahkamah untuk menuntut keadilan selain sebagai pengajaran kepada aktor tersebut.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: The Week, ABP Live