Ayda Jebat Ada Hubungan Dengan Aidit Noh?

15 Disember 2015. 3.38 PM
19,153
Hiburan
Ayda Jebat Ada Hubungan Dengan Aidit Noh?

Aktor baru, Aidit Noh dilihat kerap memuatnaik gambarnya bersama aktres Ayda Jebat di laman Instagram.

Menerusi komen-komen yang ditinggalkan oleh pengikut Aidit, ramai yang memuji foto mereka kelihatan ‘sweet’ dan menganggap kedua-dua pelakon ini sedang dilamun cinta serta menjalinkan hubungan.

Menjawab persoalan tersebut, Ayda menafikan perkara tersebut dan memberitahu mula mengenali Aidit ketika penggambaran drama bersiri Sesal Separuh Nyawa.

“Saya hanya berkawan sahaja dengan Aidit. Ketika berada di set penggambaran pun, saya tidak banyak berbual dengan Aidit. Drama bersiri tersebut juga kurang menampilkan adegan kami berdua dalam satu babak.

“Saya tahu ada peminat yang meninggalkan komen sedemikian di laman Instagram Aidit. Sebenarnya, tiada hubungan istimewa yang terjalin antara saya dan Aidit. Saya dan Aidit pun membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku’ dan ‘kau’ ketika kami berbual,” kata Ayda kepada Astro Gempak.

Mengulas mengenai rancangan #JuaraParodi, Ayda mendedahkan yang dia menyukai kumpulan Selamba Blur yang dianggotai oleh Mark Adam dan Shuib Sepahtu.

“Saya gemarkan kumpulan Selamba Blur kerana mereka sangat bersahaja, konsisten, tidak terlalu mencuba untuk membuat lawak dan menjadi diri sendiri di atas pentas #JuaraParodi. Saya harap mereka dapat menjadi juara,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ayda turut berkongsi tentang Peraduan Juara Parodi Dubsmash Aurawhite yang sudahpun bermula sejak 8 Disember lalu.

Nak menang RM3000? RM2000? RM1000 serta hamper Aurawhite? Sertai Peraduan #Aurawhitedubsmash #JuaraParodi sekarang! Rekod video dubsmash dan menang! Senang kan? Shake Shake Uolls!

Muat naik video Dubsmash lagu tema Aurawhite secara kreatif ke laman Instagram dan tag @aurawhiteofficial. Jangan lupa sertakan hashtag #JuaraParodi dan #AurawhiteDubsmash.

Klik link ini www.astrogempak.com.my/ZonLawak/JuaraParodi/AuraWhiteDubsmash untuk maklumat lanjut.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi ditaja oleh Aurawhite Gold Series, fenomena cerah sempurna, diaurakan oleh Aurawhite Beauty, Shake Shake Uolls! Sertai pertandingan Dubsmash Aurawhite dan menangi wang tunai berserta hadiah hebat!

Teks Oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen