Anak Mengadu Masakan Tak Sedap, Hanif Era Sentap?

16 Disember 2015. 1.57 PM
17,048
Gaya Hidup
Anak Mengadu Masakan Tak Sedap, Hanif Era Sentap?

Penyampai radio Era FM, Hanif Hamzah terkedu apabila anak lelakinya memberitahu masakannya tidak sedap.

Semuanya bermula apabila Hanif berpeluang untuk meluangkan masa bersama Tuah Khaliff,4, menerusi episod kedua program ‘Papa Hero Saya’.

“French Toast ayah masak tak sedap. Ibu yang masak sedap,” kata Tuah spontan selepas merasa masakan bapanya.

Hanif yang cukup dikenali menerusi slot JoHaRa Pagi Era mengakui bukan seorang yang pandai memasak dan menyerahkan tugasan tersebut kepada isterinya, Wan Nor Katherina.

“Tuah tahu kemampuan saya apabila bab memasak. Saya hanya pandai makanan yang mudah sahaja,” kata Hanif.

Sementara itu, Hanif dan isteri turut berkongsi beberapa tip menarik mendidik anaknya Tuah dan Jebat.

Semuanya dapat anda saksikan dalam program terbaru ‘Papa Hero Saya’ musim kedua yang menampilkan selebriti lelaki yang kini bergelar bapa. Mereka bakal diuji dengan pelbagai tugasan mencabar menjaga anak-anak mereka sewaktu ketiadaan isteri.

Antara selebriti yang bakal terlibat dalam ‘Papa Hero Saya 2’ ialah Hanif Hamzah, Sabhi Saddi, Eizlan Yusof, Zahiril Adzim, Rusdy Ramli, Que Haidar, Zulkifl (Ijoy) dan ramai lagi!

Dalam episod kedua, Hanif bakal diuji apabila harus menjaga cahaya matanya iaitu Tuah Khaliff di rumah.

Apa tip menarik akan dikongsi Hanif Hamzah untuk ibu bapa di luar sana?

Jangan lupa untuk menyaksikan telatah bapa-bapa selebriti bersama anak mereka tanpa kehadiran ibu mereka, tonton Papa Hero Saya mulai 9 Disember  ini di Astro Ria, setiap Rabu jam 9 malam.

Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ingin menjadi terbaik buat anak mereka difacebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.

Teks Oleh: Khalid Rahman


Artikel Berkaitan


Komen