Penyanyi Misha Omar berkongsi rasa terkejut apabila mendapat tahu ada pihak yang meniru cara nyanyian dan gaya persembahannya.
Terlibat dalam program terbaru siaran Astro Ria dan Astro Ria HD, Seiras Seirama, rancangan ini merupakan sebuah pertandingan nyanyian yang mencari peserta dengan suara persis penyanyi popular tanah air.
“Pada mulanya, saya rasa sangsi. Siapa yang nak datang sesi ujibakat dan minat untuk menyanyikan lagu saya? Adakah ada individu yang mahu meniru cara dan gaya nyanyian saya? Sewaktu ujibakat dijalankan, saya tiada di situ.
“Tetapi sewaktu rakaman program tersebut, saya sangat terkejut kerana empat peserta yang terpilih mempunyai suara seperti saya. Gaya mereka juga hampir seperti saya,” kata Misha kepada Astro Gempak.
Walaupun pertandingan tersebut mencari peserta yang ‘meniru’ gaya Misha, penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Halaman Cinta’ itu merasakan perkara tersebut sebagai satu penghargaan.
“Saya rasakan kerja keras selama ini berbaloi kerana ada pihak yang betul-betul memerhatikan dan menghayati gaya nyanyian saya.
“Saya rasa perkara itu sangat manis. Saya rasa seronok, bangga dan bersyukur kerana mereka sangat menghargai kehadiran saya dalam industri hiburan tempatan,” katanya lagi.
Selain Misha, penyanyi popular seperti Datuk Jamal Abdillah, Ella, Ziana Zain, Mas Idayu, Faizal Tahir dan Hafiz Suip turut terlibat dalam pertandingan ini.
Diacarakan oleh pengacara tersohor, Datuk Aznil Nawawi, program Seiras Seirama bakal bersiaran selama lapan episod dan menampilkan seorang ikon untuk setiap episod.
Jangan lupa temujanji anda untuk menyaksikan program Seiras Seirama yang akan menemui penonton pada setiap Ahad, jam 9.00 malam bermula 20 Disember 2015 di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Ahmad Shah
Wed Dec 16 2015
Dina Nadzir Terkenang Memori Raya Terakhir Bersama Arwah Bapa - “Masa Tu Lama Betul Abah Peluk Saya…”
Dina rindu arwah bapa.
Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem The Fall Guy
Jom sertai Gempak Movie Night Out sekarang!
“Saya Tak Boleh Bangun Sejak…” - Lana Nodin Alami Jangkitan Kuman Pada Bahagian Usus Sehingga Bengkak
Semoga cepat sembuh
Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Raffi Ahmad Mengaku Pernah Minum Air Kaki Basuhan Ibu: “Saya Dapat Semula…”
Hos, pengacara, pelakon dan penyanyi Raffi Ahmad dikenali sebagai salah seorang pelaku seni Indonesia paling sukses pada masa kini.
Wanita Usung Mayat Bapa Saudara Ke Bank Demi Tanda Tangan Dokumen Pinjaman Wang!
Seorang wanita di Brazil ditahan pihak berkuasa apabila dia didapati mengusung mayat seorang lelaki tua yang didakwa sebagai bapa saudaranya ke sebuah bank di pinggir bandar Rio pada Selasa.
Bekas Isteri Kurt Cobain Kata Taylor Swift Tak Penting, Tak Menarik
Taylor Swift adalah nama yang cukup besar bukan sahaja dalam bidang seni tetapi juga telah tersenarai sebagai salah seorang individu terkaya versi Forbes baru-baru ini.
Isteri Malu Bila Tahu Suami Pinjam Duit Abang Untuk Halalkan Dirinya - “Kak Ipar Perli Suami Aku Hutang Kahwin Tak Bayar”
Wanita berkenaan menzahirkan rasa malu apabila mendapat tahu duit belanja perkahwinannya adalah wang pinjaman daripada abang suaminya.
Kereta Adira Penuh Dengan…. | GMW: What’s In Your Car
Eh ada apa dengan kereta Adira tu??!! MasyaAllah… tak sanggup la nak tengok!
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu
GMW: What’s In Your Car
Eksklusif di gempak.com/gempakmostwanted
Kedudukan Terkini Top 5 Carta Mingguan Gempak Most Wanted
️ Setiap Isnin hingga Jumaat
⏰ 11 malam
Astro Ria dan Astro GO
Undi calon fav di gempak.com/gempakmostwanted
#WhatsInYour
#GMWWhatsInYour
#GempakMostWanted
#GempakMostWanted2024
#AstroBaharu
#TakMacamDulu