Golongan wanita muda sentiasa melalui detik-detik perubahan yang penuh mencabar di dalam kehidupan dan untuk melalui fasa tersebut, mereka memerlukan sokongan dan galakan yang padu dan berterusan sama ada dalam bentuk moral mahu pun fizikal.

Memahami hakikat ini, peneraju produk penjagaan wanita, Kotex telah berganding tangan dengan HOPE worldwide Malaysia, sebuah persatuan kebajikan antarabangsa yang tidak berunsurkan agama dan keuntungan, untuk melancarkan kempen terbaharu,
“Pass the Protection”.

Melalui rangkaian hubungan antara wanita, kempen ini memberi galakan kepada mereka untuk mengambil berat serta memberi sokongan kepada adik-beradik, teman-teman, rakan sekerja, serta wanita lain dari segenap lapisan masyarakat.

“Golongan wanita memerlukan perlindungan apabila mereka menyambut detik-detik perubahan yang penuh cabaran. Di Kotex, kami sedar bahawa gadis- gadis di Malaysia yang berusia antara 18 hingga 24 akan mengalami pelbagai pengalaman saat pertama yang mencabar dan mengujakan.

“Justeru itu, kami ingin mewujudkan suasana di mana mereka dapat menyokong antara satu sama lain, sekaligus “menyebarkan” perlindungan mereka,” kata Danny Tan, Pengarah Urusan, Kimberly Clark Malaysia.

Bagi memastikan matlamat kempen
“Pass the Protection” dapat dicapai dengan jayanya, Kotex telah menyediakan satu platform bagi golongan wanita di Malaysia untuk menyebarkan tip-tip penting berkaitan kehidupan mereka menerusi laman sesawang kempen https://www.kotex.com.my/passtheprotection.

Tip-tip penting yang dikongsi mereka ini dapat membantu rakan-rakan mereka menghadapi detik-detik perubahan yang mencabar. Setiap kali seorang wanita ‘menyebarkan’ perlindungan (tip menghadapi detik perubahan + tuala wanita Kotex), Kotex akan menderma satu tuala wanita Kotex Overnight kepada seorang wanita yang memerlukan menerusi sumbangan kepada HOPE worldwide Malaysia.

Menerusi inisiatif ini, Kotex berharap dapat menggalakkan golongan wanita muda di Malaysia untuk melangkah ke depan dengan penuh keyakinan.

Mengulas tentang kerjasama ini, Katy Lee, Pengarah Urusan HOPE worldwide Malaysia berkata, pihaknya sangat teruja apabila dapat berpeluang bekerjasama dengan Kotex Malaysia menerusi kempen
“Pass the Protection” tersebut.

“Kami yakin dapat memperkasakan kaum wanita melalui pelbagai platform yang merangkumi klinik bergerak percuma kami, pendidikan serta program-program belia dan sebagainya.

“Berbekalkan jaringan kami yang luas di tanah air, kami yakin dapat mendampingi golongan wanita muda yang kurang bernasib baik untuk memberi galakan serta inspirasi kepada mereka,” katanya lagi.

Sehingga hari ini, 1149 janji telah diterima di laman sesawang kempen. Jumlah janji yang dikumpul di penghujung kempen ini mewakili jumlah tuala wanita Kotex Overnight yang akan diderma menerusi HOPE worldwide Malaysia.

Mesej yang jelas tentang kempen ini juga turut diterapkan di dalam program digital realiti The House yang dijayakan tiga beradik iaitu Yaya, Chacha dan Emma Maembong.

Sebagai seorang aktres yang meningkat naik, Emma sentiasa mendapat sokongan dan perlindungan daripada pengurus merangkap kawan baiknya Abby dan Emma pula telah menyebarkan perlindungan tersebut kepada Yaya dan Chacha.

Kitaran serta rangkaian hubungan antara wanita ini secara tidak langsung mampu memewujudkan suasana di mana mereka dapat menyokong antara satu sama lain, sekaligus “menyebarkan” perlindungan mereka.

Secara tidak lamgsung ia juga turut mencapai matlamat dan objektif Kempen
‘Pass The Protection’ ini untuk memberi galakan kepada mereka mengambil berat serta memberi sokongan terhadap antara satu lama lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara penyertaan kempen “Pass The Protection”, sila layari laman sesawang www.kotex.com.my/passtheprotection atau laman Facebook Kotex Malaysia, www.facebook.com/KotexMalaysia.