Adira Yang Digosip Bakal Isteri Kedua, Pengikut IG Pula Yang Bergaduh

18 Disember 2015. 2.11 PM
9,012
Hiburan
Adira Yang Digosip Bakal Isteri Kedua, Pengikut IG Pula Yang Bergaduh

Pening kepala Miss K selepas melihat komen-komen pengikut di akaun Instagram (IG) penyanyi putih melepak, Adira Suhaimi.

Bukannya apa, penuh dengan caci-maki, hina-menghina...Miss K berhati lembut, tak suka bila terbaca kata-kata nista dan kasar! Hilang kemelayuan, tak elok.

Ceritanya bermula ketika Miss K sedang menikmati makan tengahari bersama rakan-rakan semalam. Sambil makan, Miss K usha-usha timeline IG, hajat di hati nak shopping online tetapi mata ini tertarik pula pada sekeping gambar yang dimuat naik Adira.

Adira telah memuatnaik sekeping foto dia bersama seorang wanita dan telah mendapat hampir 3,000 likes serta dipakejkan dengan kata-kata kejian dari pengikut IGnya. Namun bukanlah semua yang mengeji, ada juga yang positif.

Sedang Miss K mengomel tentang pengikut-pengikut yang suka mengeji itu, salah seorang rakan Miss K memberitahu, wanita dalam gambar bersama Adira ialah isteri kepada seorang VIP berpangkat Datuk.

Kata rakan Miss K lagi, wanita itu juga merupakan isteri kepada datuk tersebut yang dikatakan sedang bercinta dengan Adira.

Tersangkut ikan sembilang di tekak Miss K selepas rakan tersebut buka cerita. Of Course Miss K sentap sebab rasa ketinggalan!

Mana tidaknya, sebelum ini Adira mati-matian menafikan gosip sedang bercinta dengan VIP, dalam sebuah program hiburan hujung minggu.

Tambah rakan Miss K, wanita dalam foto tersebut dikenali sebagai ‘Datin Red’ dan sudah mula merestui hubungan suaminya yang menggunakan nama ‘Dato Red’ di laman sosial itu dengan penyanyi Adira.

Tapi itulah...Sejauh mana kebenaran cerita tersebut Miss K tak pasti kerana rakan Miss K pun tahu cerita itu menerusi forum gosip. (Cis! Taklah hebat mana rupanya!)

Anyway,  Miss K tak faham kenapa pengikut di IG Adira yang perlu ‘menrentan’ dan ‘meroyan’ kalau benar penyanyi itu bakal menjadi isteri kedua?

Bak kata peminat dan penyokong Adira, kalau 'Datin Red' dah bagi green light dan setuju untuk bermadu..itu adalah jodoh penyanyi pujaan mereka...So, why not?

Kita tunggu sahajalah tuan punya diri yang buka mulut. Kita sebagai ‘orang luar’ jangan mudah membuat andaian jika tidak tahu cerita sebenar.

Miss K: Suka lagu Madu dan Racun dendangan penyanyi popular 80-an dari Indonesia, Bill & Brod.

*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mail Miss K di gossipmissk@gmail.com ya!



Artikel Berkaitan


Komen