Pelakon filem Kami Histeria, Nad Zainal, 25, selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Muhamad Faliq Amirudin, 27.

Majlis pernikahan Nad dan Faliq diadakan di Rooftop Hotel, Bukit Jelutong Shah Alam selepas solat Jumaat.

Di majlis tersebut, Nad anggun mengenakan busana pengantin serba putih manakala Faliq pula mengenakan baju melayu lengkap dalam rona yang sama.

Mengikat tali pertunangan pada 31 Ogos lalu, Faliq merupakan senior Nad ketika sama-sama menuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan artis seperti Sherry Alhadad, Jihan Muse dan Sara Ali. Majlis persandingan pula diadakan pada sebelah malam di lokasi sama.

Mari kita lihat foto-foto menarik di majlis pernikahan Faliq dan Nad:

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram @nad.zainal