Maharaja Lawak Mega Carian Paling Trending Di Google Malaysia

19 Disember 2015. 3.28 AM
6,420
Hiburan
Maharaja Lawak Mega Carian Paling Trending Di Google Malaysia

Program realiti komedi terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega tersenarai dalam 10 carian trending di Malaysia untuk tahun 2015.

Menerusi senarai yang dikeluarkan oleh Google Malaysia atau google.com.my, Maharaja Lawak Mega yang dihoskan oleh Dato’ AC Mizal berjaya menduduki tangga keempat mendahului filem filem Hollywood ‘Fast & Furios 7’ yang dibintangi mendiang Paul Walker serta drama ‘Hati Perempuan’ terbitan TV3.

Maharaja Lawak Mega yang menampilkan gabungan pelawak-pelawak terkenal tanah air sebelum ini mencetus fenomena luar biasa di kaca televisyen mahupun media sosial selain kejayaan memenangi kategori Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri) dua tahun berturut-turut  di Anugerah Lawak Warna 2013 dan 2014.

10 carian trending di Malaysia diambil menerusi pandangan kolektif di laman web selain menawarkan perspektif unik untuk acara-acara utama, berita-berita terkini dan trend terhangat berdasarkan carian di google.com.my.

Antara kumpulan yang pernah menjuarai siri Mahajara Lawak Mega sebelum ini ialah Osbon (Mr Os dan Abon) 2011, Jozan (Johan dan Zizan Razak) 2012, Sepahtu (Rahim R2, Jep dan Shuib) 2013, Zero (Atu, Syaiful dan Syarif) 2014.

Latar Belakang Maharaja Lawak Mega

Maharaja Lawak Mega merupakan sebuah program realiti bersiri terbitan Astro, arahan APSB/Homegrown yang menggabungkan pelawak-pelawak dan pelakon komedi profesional terbaik dari Malaysia, Singapura dan Indonesia untuk melahirkan seorang pelawak serba boleh dalam mencetuskan sebuah komedi pentas terunggul.

Berikut adalah senarai 10 carian trending di Malaysia untuk 2015:

1.       HRMIS 2 (Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia)

2.       Brim 2015 (Bantuan kewangan oleh kerajaan setiap tahun)

3.       How-Old.net (Aplikasi meneka usia yang dilancarkan oleh Microsoft)

4.       Maharaja Lawak Mega

5.       Fast & Furious 7 (Filem terakhir mendiang Paul Walker)

6.       Hati Perempuan (Drama mengisahkan Yuhanis soerang arkitek cantik)

7.       1USD To MYR (Kejatuhan nilai ringgit jadi bualan umum)

8.       WhatsApp Web (WhatsApp perkenal satu perkhidmatan baru)

9.       GST (Cukai barangan dan perkhidmatan yang dilaksakan oleh kerajaan Malaysia)

10.   Bersih 4.0 (Perhimpunan yang diadakan pada 29 Ogos yang lalu)

Teks Oleh: Khalid Rahman

Sumber: Google Malaysia, Astro Awani


Artikel Berkaitan