#JuaraParodi: Juara Minggu 7, Kobis Pedas Menang Buat Kali Kedua

19 Disember 2015. 2.00 PM
8,523
Advertorial
#JuaraParodi: Juara Minggu 7, Kobis Pedas Menang Buat Kali Kedua

Selepas muncul juara pada minggu keenam, kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu berjaya mendahului carta mingguan #JuaraParodi untuk minggu ketujuh.

Menyampaikan lagu rock berjudul Sejati yang dipopularkan oleh kumpulan Wings, Kobis Pedas memparodikan lagu tersebut dengan jayanya dan menukar genre muzik rock kepada irama ghazal.

Dalam minggu yang bertemakan ‘Inspirasi’, Kobis Pedas  mendapat tugasan untuk menjadikan artis antarabangsa Miley Cyrus sebagai subjek utama lagu mereka.

Di tempat kedua, kumpulan Abang Face Berjaya memparodikan lagu balada berjudul Gemilang nyanyian asal Jaclyn Victor dalam versi ‘electronic dance music’ dan menjadikan bintang Hollywood, Kim Kardashian sebagai subjek utama lagu mereka.

Seterusnya, kumpulan Cuba Teka, Righthanded, Skru dan Black Dot Chey mengekori rapat kumpulan Kobis Pedas dan Abang Face.

Kumpulam Selamba Blur, Juri, Mawi & The Loyar dan Senaman pula terpaksa berpuas hati menghuni empat kedudukan terendah.

Anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Jika tidak, anda mampu mengubahnya! Jom undi Carta Digi Online #JuaraParodi untuk memilih peserta kegemaran anda!

Selain diberi peluang untuk memilih peserta kesukaan sendiri, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Bagi pengguna Digi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Jadi, apa tunggu lagi? Jalankan tanggungjawab anda untuk mengundi peserta kesukaan anda di laman web #JuaraParodi! Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik. Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu!

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi disokong oleh Digi. Isi semula dengan Digi Smart Prepaid™ atau Digi Best Prepaid terbaru untuk menikmati 1.2GB Internet dengan rangkaian 4G LTE terluas. Promosi sah sehingga 31 Disember 2015.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen