Hadir ke sesi bertemu peminat di China baru-baru ini, pelakon dan juga hos running Man Song Ji Hyo telah membuat pengakuan tentang perasaannya terhadap rakan sepasukan, Kang Gary.

Disebabkan Gary tidak dapat menghadiri acara tersebut kerana jadualnya yang padat, pengacara majlis telah bertanya siapakah diantara ahli Running Man yang layak menggantikan tempat Gary sebagai pasangannya sepanjang majlis tersebut berlangsung.

“Bagi saya, tidak ada sesiapa dikalangan ahli Running Man yang dapat menggantikan tempat Gary,” jawab Ji Hyo dan disambut dengan sorakan peminat.

Mendengar jawapan Ji Hyo itu, Ha Ha kemudiannya mengusik aktres itu dengan soalan panas.

“Kamu berdua bukanlah pasangan bercinta, kenapa pula tidak ada yang boleh menggantikan tempat Gary?” soalnya.

Dengan tersenyum Ji Hyo menjawab, “Kamu tak akan tahu sama ada kami berdua bercinta atau pun tidak.” ujarnya seolah-olah memberi gambaran terhadap hubungannya bersama Gary.

Gary dan Ji Hyo merupakan pasangan Isnin (Monday Couple) dalam rancangan popular Running Man.

Gelaran Monday Couple itu diperkenalkan sendiri oleh Yoo Jae Suk selepas ‘menjodohkan’ mereka berdua dalam program tersebut.

Olahan Semula: Mya Amri

Sumber: Soompi