Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan mengakui tidak bersahabat baik dengan suami Kajol, Ajay Devgan.

Menurut King Khan, dia dan Ajay akan berhubung sekiranya melibatkan kerja atau jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini antara mereka.

“Sewaktu Kajol kehilangan ayahnya, Ajay memberitahu saya adalah orang pertama yang dia hubungi. Dia minta saya dan Karan Johar untuk segara datang ke rumah dan menemani Kajol,” ujar Shah Rukh Khan.

Jelas Shah Rukh Khan lagi, Ajay menghormati perhubungannya dengan Kajol dan menafikan dakwaan kononnya mereka berdua mempunyai hubungan yang dingin.

“Ajay menganggap saya dan Karan Johar sebagai teman rapat Kajol yang akan sentiasa memberi sokongan walau dengan apa cara sekali pun. Hubungan persahabatan kami sangat berbeza, “ jelas Shah Rukh Khan.

Sebelum ini, Kajol membuat pendedahan bahawa suaminya dan Shah Rukh Khan memang tidak berkawan dan mengakui ianya bukan satu masalah yang besar.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: Pink Villa, Indian Express