Belum Ada Rezeki Timang Anak – Izzue Islam

21 Disember 2015. 5.02 PM
8,842
Hiburan
Belum Ada Rezeki Timang Anak – Izzue Islam

Vokalis kumpulan Forteen, Izzue Islam menganggap belum ada rezeki baginya untuk menimang cahaya mata.

Mendirikan rumah tangga dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013, Izzue menyerahkan perkara tersebut kepada ketentuan Allah.

“Belum ada rezeki lagi untuk menimang cahaya mata. Mungkin pada masa yang akan datang, Insya-Allah,” katanya ringkas.

Mengulas mengenai perkembangan terbaru, Izzue sempat berkongsi pengalamannya bercuti di Itali bersama peminat baru-baru ini.

“Percutian di Itali sangat menggembirakan. Cuacanya sejuk sekali dan saya begitu seronok melawat tempat bersejarah bersama peminat. Apa yang penting, percutian ini dapat merapatkan ukhwah antara saya dan peminat,” kata Izzue yang ditemui usai program #JuaraParodi.

Tidak boleh meramalkan kumpulan mana yang bakal bergelar pemenang #JuaraParodi, Izzue mengagumi idea segar yang diberikan oleh peserta #JuaraParodi saban minggu.

“Untuk meramal siapa yang bakal bergelar juara, memang sukar. Semua kumpulan mempunyai idea segar dan mereka juga memberikan yang terbaik di setiap persembahan.

“Namun begitu, setakat ini saya gemarkan kumpulan Kobis Pedas yang dianggotai oleh Misha Omar dan Tauke Jambu. Mereka antara paling menyerlah dan kreatif saban minggu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Izzue turut berkongsi mengenai Peraduan #JuaraParodi Dubsmash Aurawhite yang sudahpun bermula sejak 8 Disember lalu.

Nak menang RM3000? RM2000? RM1000 serta hamper Aurawhite? Sertai Peraduan #Aurawhitedubsmash #JuaraParodi sekarang! Rekod video dubsmash dan menang! Senang kan? Shake Shake Uolls!

Muat naik video Dubsmash lagu tema Aurawhite secara kreatif ke laman Instagram dan tag @aurawhiteofficial. Jangan lupa sertakan hashtag #JuaraParodi dan #AurawhiteDubsmash.

Klik link ini www.astrogempak.com.my/ZonLawak/JuaraParodi/AuraWhiteDubsmash untuk maklumat lanjut.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi ditaja oleh Aurawhite Gold Series, fenomena cerah sempurna, diaurakan oleh Aurawhite Beauty, Shake Shake Uolls! Sertai pertandingan Dubsmash Aurawhite dan menangi wang tunai berserta hadiah hebat!

Teks Oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan