Shuk SYJ Kahwin Wanita Sabah

22 Disember 2015. 2.41 PM
47,734
Hiburan
Shuk SYJ Kahwin Wanita Sabah

Pelawak Shuk SYJ selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya Ahad minggu lalu di Kampung Ulu Sapi, Sandakan Sabah.

Menerusi laman Instagram miliknya, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Bin Mohamed Shahar sempat berkongsi beberapa keping foto bersama isteri  yang dikenali sebagai Sera dan meninggalkan kapsyen ringkas memanjatkan rasa syukur atas perkahwinan mereka.

“Alhamdulillah amin…,” tulis Shuk ringkas di Instagram.

Shuk kelihatan segak mengenakan busana pengantin berwarna Biru Laut manakala isterinya pula kelihatan jelita dalam persalinan rona sedondon.

Astro Gempak difahamkan, Shuk juga akan mengadakan majlis di kampung halamannya di Pulau Pinang dalam masa terdekat.

Kepada Shuk dan isteri, tahniah dari kami di Astro Gempak! 

Jom layan foto perkahwinan Shuk dan isteri sekarang!


Artikel Berkaitan