Selain kisah kontroversi, perkahwinan membabitkan selebriti tempatan juga menarik perhatian pembaca Astro Gempak.

Sepanjang tahun 2015, ramai selebriti yang mendirikan rumah tangga dengan pasangan masing-masing dan Astro Gempak telah memilih 10 perkahwinan yang telah mencuri perhatian pembaca kami:

1) Yana Samsudin dan Fadzil Zahari (13 Februari)
Majlis pernikahan pasangan sama cantik sama padan ini telah berlangsung di kediaman Yana di Taman Kota Impian Yong Peng, Johor. Mengejutkan apabila majlis resepsi mereka yang berlangsung di Dataran Gemilang Yong Peng dibanjiri lebih 5,000 tetamu! Dah macam konsert!
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/147078/Dengan-Sekali-Lafaz-Fadzil-Zahari-Ikat-Kak-Yong-Yana-Samsudin.aspx

2) Hanez Suraya dan Romie (14 Mac)
Boleh dikatakan sebagai yang paling kontroversi apabila Hanez dituduh menjadi perosak rumah tangga Romie Razin Adilha Abd.Rais bersama bekas isterinya.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/149816/Hanez-Suraya-Romie-Sah-Suami-Isteri.aspx


Majlis resepsi Yana dan Fadzil catat sejarah apabila menerima lebih 5,000 tetamu

3) Amir Raja Lawak dan Intan (14 Mac)
Berita perkahwinan Amir dan isterinya antara yang paling mendapat perhatian di Astro Gempak apabila dia sempat bergurau dengan jurunikah dan bertanyakan tentang GST sebelum akad nikah bermula. Amir, sebelum melafaz akad, sempat bertanya kepada jurunikah Masjid Kampung Kubu Gajah, Mahmud Ahmad, “tak ada GST kan?”.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/150010/Video-Amir-Raja-Lawak-Tanya-To.aspx

4) Najwa Mahiaddin dan Idris Koh (26 Mac 2015)
Anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri ini diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya Idris Koh Keng Hui di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria. Najwa dan Idris mengikat tali pertunangan pada 8 Disember tahun lalu.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/151044/Penyanyi-Najwa-Mahiaddin-Selamat-Diijabkabul-Ayah-Tinggal-Pesan-Berguna.aspx

5) Sharifah Sakinah dan Aliff Adha (29 Mac 2015)
Berkonsepkan garden wedding, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung dengan meriah di Hotel Shangri-La di Putrajaya dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat. Sharifah Sakinah atau lebih mesra dengan pangilan Kinah telah menerima tujuh dulang hantaran unik daripada pihak lelaki di mana kesemuanya adalah tujuh pasang kasut Adidas dengan rekaan berbeza.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/articleId/151226/Berkonsepkan-Garden-Wedding-Sharifah-Sakinah-Nikah-Dalam-Hujan.aspx

6) Fahrin Ahmad dan Elena Hani (9 Mei)
Agak menarik cerita perkahwinan pelakon berbadan sasa ini kerana, dia sedang hangat digosipkan dengan pelakon Izreen Azminda ketika itu. Sebelum melangsungkan perkahwinan, Fahrin telah mengadakan sesi sidang media bagi mengumumkan majlis perkahwinannya, namun merahsiakan identiti bakal isterinya.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/154904/Fahrin-Ahmad-Elena-Hani-Aleas-Sah-Bergelar-Suami-Isteri.aspx

7) Lana Nodin dan Mohd Daud McKienzie Abdullah (15 Mei)
Antara perkahwinan yang mendapat perhatian apabila ia dikhabarkan mendapat tajaan mencecah RM2juta. Lana telah menerima mas kahwin sebanyak USD10,000 daripada Daud.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/155443/Sah-Bergelar-Suami-Lana-Nodin-.aspx


Hanis menerima wang hantaran RM91,019.90 sebagai simbolik tarikh lahirnya.

8) Hanis Zalikha dan Hairul Azreen (5 Jun)
Hairul telah melakukan kejutan dengan melamar Hanis pada konsert akhir Gegar Vaganza musim pertama. Hanis telah menerima wang hantaran sebanyak RM91,019.90 sebagai simbolik tarikh lahirnya.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/157445/Hairul-Azreen-Beri-RM91-019-Sebagai-Hantaran-Kepada-Hanis-Zalikha.aspx

9) Syaiful Zero dan Ashura (24 Julai)
Pelawak yang juga anggota kumpulan Zero, Mohd Syaiful Doli Sharif dan isterinya, Ashura Rudy. Syaiful yang turut dikenali sebagai ‘Melati’ ini telah menyerahkan mas kahwin berjumlah RM100 dan wang hantaran sebanyak RM10,000 kepada isterinya. Mereka dinikahkan di Surau Kampung Pantai Bahagia, Kudat, Sabah.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/160402/Dengan-Sekali-Lafaz-Syaiful-Zero-Sah-Bergelar-Suami.aspx

10. Shuk SYJ dan Sera (20 Disember)
Pelawak Shuk SYJ selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya Ahad minggu lalu di Kampung Ulu Sapi, Sandakan Sabah. Shuk juga merupakan seorang peserta Juara Parodi yang sedang bersiaran di Astro Warna.
Baca: http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/161151/Shuk-SYJ-Kahwin-Wanita-Sabah.aspx

Teks Oleh: Hafiza Kamarudin