Sabhi Saddi Selesa Jaga Anak Tanpa Bantuan Ibu Mertua

23 Disember 2015. 1.43 PM
7,559
Hiburan
Sabhi Saddi Selesa Jaga Anak Tanpa Bantuan Ibu Mertua

Pelakon dan penyanyi  Sabhi Saddi mengakui selesa mengawasi anak-anak tanpa bantuan ibu mertua sekiranya ketiadaan isteri, Rosi Awani Abdul Razak di rumah.

Menurut bapa kepada dua orang  cahaya mata ini, lebih mudah untuk dia menguruskan keperluan anak-anak di rumah sendiri.

“Saya pernah bersama anak yang sulong, Sofea Reesya sewaktu ketiadaan isteri di rumah. Mak mertua ada menelefon supaya hantar anak kerumahnya. Tapi saya menolak pelawaan tersebut kerana rasa lebih selesa jika mengawasi anak di rumah sendiri.

“Bukan sebab saya tidak mahu ke rumah mak mertua, tetapi waktu itu saya memang tidak bekerja dan lebih suka menghabiskan masa bersama Reesya.  Tiada masalah untuk saya mengawasi anak-anak di rumah tanpa bantuan isteri,” jelas Sabhi Saddi.

Jelas Sabhi lagi, mengawasi anak-anak bukan suatu perkara yang rumit seperti yang disangka dan ada cara tersendiri untuk bagaimana untuk memujuk mereka.

“Bagi saya tak leceh pun untuk jaga anak di rumah. Saya seorang yang manjakan anak-anak jadi jika mereka meragam, saya akan bawa mereka berjalan-jalan dan belikan sesuatu untuk Reesya dan Rania,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ros Awani sangat bersyukur dengan sikap suaminya yang bertanggungjawab dan mengutamakan keluarga walaupun seringkali sibuk bekerja.

“Sesetengah orang suka melepak, macam Sabdi dia lebih suka berada di rumah bersama anak-anak dan saya. Jika ada ‘outstation’ diluar pun, dia mesti balik pada hari yang sama untuk bersama kami,” ujar Rosi Awani mengenai kelebihan Sabhi Saddi.

Nak tahu cara atau rahsia Sabdi Saddi memujuk dua orang cahaya matanya?

Jangan lupa untuk menyaksikan telatah bapa-bapa selebriti bersama anak mereka tanpa kehadiran ibu mereka, tonton Papa Hero Saya di Astro Ria (104), setiap Rabu jam 9 malam.

Dapatkan tips menarik, info dan inspirasi untuk ibu dan bapa di luar sana yang ining menjadi terbaik buat anak mereka di facebook.com/OfficialMyeBu, Instagram @My.eBu dan #MyeBu.



Artikel Berkaitan


Komen