Amyra Rosli Penggemar Makanan Bayi

23 Disember 2015. 3.03 PM
24,884
Hiburan
Amyra Rosli Penggemar Makanan Bayi

Aktres cantik Amyra Rosli mula dikenali menerusi lakonannya dalam drama bersiri Jodoh yang disiarkan di Astro Ria pada tahun 2013.

Semenjak itu, pemilik nama penuh Nur Amira Izzati Rosli, 24, tidak lagi menoleh ke belakang. Menyusun langkah padu dalam bidang lakonan, Amyra juga turut popular dengan drama bersiri Cik Bunga dan Encik Sombong, Suamiku Encik Sotong dan terbaru, Tersuka Tanpa Sengaja yang sedang ditayangkan di Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam.

Pernah menyulam cinta dengan aktor Dazrin Kamarudin, hubungan yang mereka bina putus di tengah jalan. Walaupun kini Amyra dikaitkan dengan pelakon Amar Baharin, mereka berdua lebih selesa menggelarkan hubungan yang terjalin sebagai ‘teman rapat’.

Pastinya ramai yang ingin mengetahui perkara yang menarik dan pelik mengenai duta Aurawhite ini. Astro Gempak menyenaraikan lima perkara yang orang tidak tahu mengenai Amyra Rosli.

  1. Binatang yang Amyra takuti ialah cicak. Jika Amyra ternampak dengan binatang tersebut, pastinya dia akan berlari ketakutan.

  2. Walaupun sudah berusia 24 tahun, Amyra merupakan penggemar makanan bayi. Amyra menggemari makanan bayi seperti nestum kerana bagi Amyra, makanan bayi mempunyai rasa yang enak.

  3. Amyra merupakan seorang gadis yang tidak gemarkan gajet. Jika ada sesetengah orang yang tidak boleh hidup tanpa telefon bimbit di sisi mereka, Amyra pula bersikap sebaliknya.

  4. Pelakon drama bersiri Oh My English ini mempunyai deria bau yang sangat kuat. Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan, hati-hati jika anda duduk di sebelah Amyra!

  5. Disebalik kesibukan Amyra dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelakon, gadis itu menjaga kulit wajahnya dengan menggunakan Aurawhite Skincare. Set lengkap penjagaan wajah Aurawhite Skincare mampu untuk melindungi kulit Amyra daripada suasana set penggambaran yang panas dan berdebu.

Nak menang RM3000? RM2000? RM1000 serta hamper Aurawhite? Sertai Peraduan #Aurawhitedubsmash #JuaraParodi sekarang! Rekod video dubsmash dan menang! Senang kan? Shake Shake Uolls!

Muat naik video Dubsmash lagu tema Aurawhite secara kreatif ke laman Instagram dan tag @aurawhiteofficial. Jangan lupa sertakan hashtag #JuaraParodi dan #AurawhiteDubsmash.

Klik link ini www.astrogempak.com.my/ZonLawak/JuaraParodi/AuraWhiteDubsmash untuk maklumat lanjut.

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap.

#JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi ditaja oleh Aurawhite Gold Series, fenomena cerah sempurna, diaurakan oleh Aurawhite Beauty, Shake Shake Uolls! Sertai pertandingan Dubsmash Aurawhite dan menangi wang tunai berserta hadiah hebat!

Teks Oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen