Emma, Yaya Suspen Bila Chacha Maembong Offer Diri Buat Cupcake

24 Disember 2015. 8.00 AM
6,781
Hiburan
 Emma, Yaya Suspen Bila Chacha Maembong Offer Diri Buat Cupcake

Sudah menjadi tradisi keluarga besar Maembong untuk berkumpul dan melakukan perjumpaan serta ia telah dijadikan rutin oleh Emma, Yaya dan Chacha sejak mendiami The House.

Pelbagai persiapan telah dilakukan mereka bertiga untuk menyambut kedatangan ahli keluarga yang lain ke The House, termasuklah menyediakan cenderamata.

Malah, Chacha turut menawarkan diri membuat cupcake istimewa untuk meraikan kedatangan mereka.

Hasrat tersebut pada mulanya ditentang Emma dan Yaya kerana mereka bimbang cupcake Chacha tidak menjadi dan akan menyebabkan orang yang memakannya jatuh sakit.

Namun Chacha tetap berkeras untuk menyediakannya dan memberi jaminan bahawa kualiti cupcakenya semakin baik dan tidak keras seperti batu lagi.

Chacha yang memang gemar membuat kek mempunyai impian untuk membuka kedai kek suatu hari nanti.

Akhirnya, Yaya dan Emma mengalah dan cuba membantu Chacha.

Bagaimanapun Chacha pula berangan seperti sedang mengendalikan program masakannya sendiri dan meminta kakak-kakaknya supaya tidak menganggunya di dapur.

Dalam pada itu, Chacha pula rasa tersentuh dan terharu apabila Emma secara tiba-tiba membuat kejutan dengan menghadiahkan pengering rambut yang dibeli secara online.

Emma membelikan hadiah tersebut sebagai ganti bila Chacha menuduhnya telah merosakkan pengeringnya rambutnya terdahulu.

Sebagai balasan, Chacha telah memberikan ciuman kasih sayang buat Emma. Bagi Chacha, apa yang dilakukan Emma itu sangat sweet.

Bukan Emma sahaja yang membuat kejutan, Chacha juga telah melakukan perkara sama. Tanpa pengetahuan Yaya dan Emma, dia telah menghadiahkan sesi rawatan mengurut di Fit & Spa Lounge di Hotel Pullman Resort kepada dua kakak kesayangannya itu.

Bagi Chacha, kejutan yang dilakukannya itu adalah salah satu cara untuk memohon maaf kepada Emma di atas sikapnya yang agak keterlaluan selama ini.

Pada masa sama, dia juga ingin menyatakan rasa terima kasihnya kepada Yaya kerana sering menjadi loceng paginya dengan mengejutkannya bangun dari tidur.

Begitulah eratnya hubungan kasih sayang Yaya, Emma dan Chacha. Apa yang lebih penting, dengan memberi sokongan dan perlindungan di antara satu sama lain pada saat-saat diperlukan, hubungan adik-beradik dan persaudaraan tetap akan kekal utuh sampai bila-bila.

Apakah yang akan berlaku selanjutnya dalam kehidupan adik-beradik Maembong ini? Jangan lupa saksikan episod kesepuluh The House, rancangan yang disokong oleh Kotex di www.TheHouse.com.my  setiap Rabu, jam 4 petang.


Artikel Berkaitan