Cristiano Ronaldo Tayang Mahligai Mewah RM30 Juta

24 Disember 2015. 3.10 PM
28,559
Hiburan
Cristiano Ronaldo Tayang Mahligai Mewah RM30 Juta

Buat pertama kali bintang bola sepak Real Madrid, Cristiano Ronaldo mendedahkan kediaman mewahnya baru-baru ini.

Video yang dimuat naik oleh laman web sukan , Unscriptd Sport itu menjadi viral di media sosial dan turun dikongsi oleh Ronaldo di akaun Facebook miliknya.

Menerusi video tersebut, bintang berusia 30 tahun itu memberi peluang kepada peminatnya melihat reka bentuk dalam mahligainya terutamanya di bahagian bilik tidur, ruang tamu, tempat makan dan tempat bersosial diwaktu kelapangan.

Rumah yang bernilai hampir RM30 juta ini terletak perumahan mewah Pozuelo de Alarcon, Sepanyol dan juga merupakan kawasan kediaman beberapa rakan sepasukan Ronaldo, termasuk Gareth Bale dan Zinedine Zidane.

<iframe width="600" height="350" src="https://www.youtube.com/embed/ygdLQT6gPK8" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

Mahligai mewah ini mempunyai tujuh buah bilik tidur, sebuah kolam renang dan sebuah padang bola sepak mini serta bilik khas untuk meletakkan semua trofi dan anugerah yang dimenangi.

Malah Ronaldo sempat berkongsi tip bagaimana dia mengekalkan prestasinya di atas padang selain memuji masakan chef yang diupah olehnya.

Ogos yang lalu, Ronaldo membeli sebuah apartment mewah yang dianggarkan berharga (RM75 juta) di New York, Amerika Syarikat.

Reka bentuk dalaman apartment  mewah tersebut mengambil inspirasi menerusi novel terkenal, 50 Shades Of Grey.

Olahan Semula: Khalid Rahman

Sumber: DailyMail 


Artikel Berkaitan


Komen