10 Petikan Ayat Filem Langit Cinta Yang Menusuk Kalbu

25 Disember 2015. 1.25 AM
10,778
Filem
10 Petikan Ayat Filem Langit Cinta Yang Menusuk Kalbu

Sejauh mana tabahnya hati Budiman (Farid Kamil) untuk menerima hakikat bahawa  wanita yang dicintai setelah sekian lama bakal menjadi hak milik lelaki lain.

Betapa peritnya hati pemuda itu tidak dapat digambarkan dengan kata-kata setelah wanita kesayangannya, Khadeja (Fazura) memaklumkan berita tersebut.

Khadeja yang pada mulanya tidak mahu melayan karena Aliff (Keith Foo) akhirnya jatuh hati dengan kebaikan dan sikap ambil berat yang ditunjukkan oleh lelaki itu terhadap dirinya.

Itulah antara babak-babak menyentuh hati bakal dirasai oleh penonton menerusi filem terbaru terbitan Astro Shaw berjudul Langit Cinta yang mendapat sentuhan pengarah Osman Ali.

Ditambah pula dengan petikan ayat-ayat meruntun jiwa yang membuatkan penonton turut sama terbuai dalam emosi watak-watak yang dilakonkan oleh Farid Kamil, Nur Fazura, Keith Foo dan Siti Saleha.

Berikut merupakan antara ayat-ayat menusuk kalbu yang dipetik menerusi filem Langit Cinta:

1. “Setiap kali aku duduk berbual-bual dengan dia, hati aku rasa berbeza. Sebab tu aku sukakan dia.” - Aliff

2. “Dalam hidup ni ada banyak jenis peluang, Abang Man. Tapi dalam soal cinta, jangan biar lama-lama... nanti dikebas orang.” - Abu Hanifah

3. “Saya ni tak ada apa yang istimewa pun untuk jadi kawan awak, Encik Aliff. Saya hanya orang kampung. Miskin pulak tu. Kenapa tiba-tiba awak nak berkawan dengan saya pulak?” - Khadeja

4.“Siapa yang tak sedih, mak? Man dengan Jah dah lama berkawan. Sejak Jah masih kecik lagi Man dah jaga dia macam Man jaga diri-sendiri.” - Budiman

5.“Kalau aku betul-betul dah jatuh cinta pada dia, buat apa nak tunggu lama-lama? Cepat atau lambat akhirnya yang menghalalkan sesuatu perhubungan adalah perkahwinan.” – Aliff

6. “Hang adalah perempuan terbaik untuk jadi isteri aku Jah.”- Budiman

7. “Selagi abang bernafas, abang nak Jah tahu... Dalam setiap nafas abang cuma ada cinta untuk Jah seorang.”-  Aliff

8. “Abang... Kita kena selalu berdoa supaya ALLAH lembutkan hati abah untuk terima perkahwinan kita seadanya.” - Khadeja

9. “Kalau kita pandang ke langit, kita akan sedar betapa kerdilnya diri kita di sisi ALLAH Yang Maha Besar. Dimata-NYA, kita ni cuma manusia yang hina kalau kita tak mensyukuri segala nikmat yang DIA dah kurniakan kepada kita.” - Pak Amin

10. “Selagi aku bernafas, aku takkan berhenti untuk terus menanti dia pulang. Tuhan tak akan biarkan aku menangis selamanya.” - Khadeja

Langit Cinta akan mula menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 7 Januari 2016.

 


Sinopsis

Langit Cinta mengisahkan percintaan antara Alif Zulkarnain (Keith Foo) dengan Khadijah (Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan korporat keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah.

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu.

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen