10 Selebriti Sambut Kelahiran Anak Sepanjang 2015 Pilihan Astro Gempak

26 Disember 2015. 3.52 PM
43,713
Hiburan
10 Selebriti Sambut Kelahiran Anak Sepanjang 2015 Pilihan Astro Gempak

Sepanjang tahun 2015, banyak berita gembira yang dikhabarkan kepada pembaca Astro Gempak antaranya kelahiran bayi selebriti kesayangan mereka.

Selain nama unik yang diberikan, pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi oleh selebriti sewaktu proses bersalin turut mendapat perhatian pembaca.

Di sini Astro Gempak telah memilih 10 selebriti menyambut kelahiran anak sepanjang tahun 2015:

1. Erin Malek & Farriz (Mohamed Faliq)

Pelakon Erin Malek selamat melahirkan anak pertamanya pada 1 Oktober 2015 dan bayi comel itu diberi nama Mohamed Faliq Bin Mohamed Farriz. Bagaimanapun Erin juga turut menyampaikan berita sedih di mana seorang lagi anaknya yang merupakan kembar Faliq tidak dapat diselamatkan.

Baca: Erin Malek Selamat Bersalin, Mohamed Faliq Nama Diberi

2.Wawa Zainal & Aeril Zafrel (Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa)

September lalu, pasangan ini telah menerima kedatangan cahaya mata kedua mereka yang dinamakan Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa. Nama anak kedua Wawa Zainal dan Aeril itu mendapat perhatian peminat kerana namanya agak unik.

Baca: Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa, Cinta Kedua Aeril Zafrel-Wawa Zainal

3.Lisa Surihani & Yusry KRU (Yahaira Leanne)

Berita kelahiran anak pasangan Lisa dan Yusry, Yahaira Leanne yang membawa maksud wahai sebaik-baik kelembutan dikongsi secara eksklusif menerusi entri Instagram H Live.  Bagaimanapun pasangan ini membuat keputusan untuk tidak terlalu mendedahkan anak mereka kepada umum.

Baca: Jangan Salahkan Ibunya, Kami Mahu Yahaira Hidup Sederhana - Yusry KRU

4.Fad Bocey & Syeera Rahman

Pelawak Fad Bocey telah menerima kehadiran bayi kembarnya pada tanggal 13 Disember lalu. Berita itu dikongsi oleh Jihan Muse yang telah memuat naik foto perbualan bersama ibu Syeera di aplikasi Whatsapp menerusi akaun Instagramnya. Difahamkan kembar itu dilahirkan pada minggu ke 34 dan masih belum matang.

Baca: Isteri Fad Bocey Bersalin, Jihan Muse Tak Sabar Jumpa Anak Kembar

Baca: Fad Bocey Beri Sebab Tidak Berkongsi Foto Anak Kembarnya


5.Fouziah Gous &  Md Zhafran Md Yusof (Muhammad Zeeshan)

Pasangan ini memperkenalkan nama dan juga wajah anak sulung mereka, Muhammad Zeeshan sewaktu majlis bertahnik yang berlangsung awal Disember lalu. Dengan menggunakan hashtag #Zhafoujr, pelbagai foto menarik yang mempamerkan aksi comel putera sulung mereka telah dimuat naik oleh pasangan tersebut.

Baca: Fouziah Gous Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Baca: Alahai Comel Sungguh Muhammad Zeeshan, Pemata Hati Fouziah Gous

6.Ashraf Muslim & Noor Dayana (Anas Ashraf)

Isteri pertama pelakon Ashraf Muslim, Noor Dayana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya awal Disember lalu. Kelahiran Anas Ashraf sememangnya dinantikan oleh seluruh ahli keluarga pasangan tersebut. Malah bapa kepada Noor Dayana, Hj Lokman merupakan orang pertama yang berkongsi foto bayi comel itu di akaun Facebooknya.

Baca: Isteri Pertama Ashraf Muslim Selamat Lahir Bayi Lelaki


7.Farid Kamil & Diana Danielle (Nur Aurora)

Pelakon Farid Kamil dan isterinya Diana Danielle telah menamakan cahaya mata kedua mereka, Nur Aurora yang dilahirkan pada 19 November lalu di Hospital Pantai, Bangsar. Istimewa lagi, nama tersebut dipilih sempena kelahiran Aurora yang hampir dengan waktu Subuh.

Baca: Nur Aurora, Permata Hati Kedua Farid Kamil & Diana Danielle

Baca: Gelagat Comel Anak Diana Danielle, Muhammad & Aurora Tawan Hati Peminat

8. Shuib Sepahtu & Siti Sarah

Pelawak Shuib Sepahtu berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak ketiganya pada 20 November lalu dengan memuat naik foto bersama anaknya itu menerusi akaun Instagramnya. Malah Shuib juga turut menceritakan pengalaman ‘berkejar-kejar’ dari set penggambaran ke hospital.

Baca: Isteri Shuib Sepahtu Selamat Lahirkan anak Ketiga

Baca: Shuib Sepahtu 'Berkejar-Kejar' Sebelum Timang Anak Ketiga 


9. Lana Nodin & David McKienzie

Pelakon Lana Nodin dijangka bersalin pada hujung bulan Januari atau Februari tahun depan. Sudah pasti suaminya, David tidak sabar untuk menerima kehadiran cahaya mata pertama mereka. Lana juga menyatakan hasrat untuk bersalin dan berpantang di Malaysia.

10. Hanez Suraya & Romie

Hanez Suraya dijangka melahirkan anak sulungnya pada hujung Disember ini. Jantina anak dalam kandungan masih lagi dirahsiakan oleh pelakon ini. Bagaimanapun Hanez akui tidak sabar untuk bertemu dengan anaknya nanti.

Baca: Adik Kongsi Berita Kehamilan Hanez Suraya Di Instagram

Baca: Hanez Suraya Pasrah, Alami Alahan Teruk

Teks Oleh: Mya Amri


Artikel Berkaitan


Komen