#JuaraParodi: Selamba Blur Rampas Kejuaraan Kobis Pedas

27 Disember 2015. 4.55 AM
7,384
Advertorial
#JuaraParodi: Selamba Blur Rampas Kejuaraan Kobis Pedas

Selepas kumpulan Kobis Pedas mengungguli carta #JuaraParodi selama dua minggu berturut-turut, kumpulan Selamba Blur yang dianggotai oleh Mark Adam dan Shuib Sepahtu berjaya mendahului carta mingguan #JuaraParodi untuk minggu kelapan.

Menyampaikan lagu balada berjudul Tak Mungkin Kerana Sayang yang dipopularkan oleh Datin Alyah, Selamba Blur memparodikan lagu tersebut dengan jayanya dan menukar genre muzik balada kepada irama rock.

Di tempat kedua, kumpulan Mawi &The Loyar berjaya memparodikan lagu balada berjudul Rendang Tak Berbuah nyanyian asal Datuk Hattan dalam versi hip hop.

Seterusnya, kumpulan Black Dot Chey, Juri, Kobis Pedas dan Cuba Teka mengekori rapat kumpulan Selamba Blur dan Mawi & The Loyar.

Kumpulan Abang Face, Righthanded, Skru dan Senaman pula terpaksa berpuas hati menghuni empat kedudukan terendah.

Anda berpuas hati dengan kedudukan ini? Jika tidak, anda mampu mengubahnya! Jom undi Carta Digi Online #JuaraParodi untuk memilih peserta kegemaran anda!

Selain diberi peluang untuk memilih peserta kesukaan sendiri, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

Bagi pengguna Digi, anda akan berpeluang untuk memenangi 100GB storan foto dan video percuma untuk app Capture bernilai RM250 dan sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Untuk bukan pengguna Digi, anda boleh berpeluang untuk memenangi sepasang tiket eksklusif untuk menonton #JuaraParodi.

Jadi, apa tunggu lagi? Jalankan tanggungjawab anda untuk mengundi peserta kesukaan anda di laman web #JuaraParodi! Pengundi terbanyak bakal memenangi hadiah mingguan menarik. Hanya satu pemenang yang akan dipilih untuk setiap minggu!

#JuaraParodi diterajui oleh Najip Ali dan Dina Nadzir selaku pengacara manakala Zainal Abidin dan Afdlin Shauki bertindak selaku juri tetap. #JuaraParodi bersiaran secara langsung di Teater Shah Alam, pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna (132) dan Astro Mustika HD (134) bermula 6 November 2015.

Layari www.juaraparodi.com.my untuk informasi lanjut mengenai #JuaraParodi. Gunakan hashtag #JuaraParodi untuk berinteraksi mengenai program ini di laman sosial.

#JuaraParodi disokong oleh Digi. Isi semula dengan Digi Smart Prepaid™ atau Digi Best Prepaid terbaru untuk menikmati 1.2GB Internet dengan rangkaian 4G LTE terluas. Promosi sah sehingga 31 Disember 2015.

Teks Oleh: Kamaruddin Razal


Artikel Berkaitan


Komen