Aziz Desa Meninggal Dunia

27 Disember 2015. 2.20 PM
14,414
Hiburan
Aziz Desa Meninggal Dunia

Bekas pengacara televisyen terkenal, Aziz Desa, 50, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.50 pagi ini.

Pemergian Aziz adalah kerana masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Perkara itu disahkan adik kandungnya, Azri Desa, ketika dihubungi sebentar tadi.

Januari lalu, Allahyarham terlantar di Hospital Langkawi akibat masalah buah pinggang kronik dan penyakit kencing manis.

Di sepanjang hayatnya, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai wartawan akhbar Berita Harian dan pernah menjadi pengacara rancangan bual bicara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 dan Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Olahan semula: Kamaruddin Razal

Sumber: BHOnline, Utusan Online


Artikel Berkaitan


Komen