Gelagat Fad Bocey Tengok Bola Bersama Anak Kembar Cuit Hati Peminat

29 Disember 2015. 1.50 PM
65,436
Hiburan
Gelagat Fad Bocey Tengok Bola Bersama Anak Kembar Cuit Hati Peminat

Baru sahaja bergelar bapa pada tanggal 13 Disember lalu, Fad Bocey sentiasa mahu bayi kembarnya berada disisi.

Malah foto-foto yang dikongsi oleh pelawak tersebut dan isterinya, Syeera Rahman menerusi akaun Instagram sering mendapat respon positif oleh peminatnya.

Antara yang menarik perhatian ialah foto Fad sedang menonton perlawanan bola sepak pasukan Chelsea sambil ditemani salah seorang kembarnya dengan kapsyen berbunyi:

“Abg teman daddy tgok bola,adik teman mummy tidurrr..tp chelsea main mcm......hmmmm xpelaa #thefavians #mummydaddy #FS.” tulisnya.

Mimik muka Fad yang serius sambil memangku salah seorang anaknya itu mencuit hati peminat sehingga ada yang memberikan komen seperti “Wah serius nya muka daddy,” “Jgn tgk tak ingt dunia pulak kang terjaga abg dripda tidur,”

Selain peminat, isteri Fad juga tidak melepaskan peluang untuk mengusik suaminya dengan meninggalkan komen berbunyi, “Aku suruh ko tgok baby bukan tgok bola.” tulisnya.

Sikap ‘sporting’ pasangan itu membuatkan peminat seronok melihat gelagat mereka dan mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut.

Teks Oleh: Mya Amri

Foto: Instagram Fad Bocey


Artikel Berkaitan


Komen