Pelakon Yaya Maembong dan suami, Wan Raja teruja apabila doktor mengesahkan jantina bayi dalam kandungan adalah perempuan.

Yaya yang hamil enam bulan itu memberitahu ianya mengetahui tentang jantina bayi sulungnya selepas melakukan pemeriksaan imbasan ultrabunyi baru-baru ini.

“Ketika lakukan imbasan ultrabunyi baru-baru ini, kami sangat teruja dan gembira apabila doktor kata dah nampak jantina bayi yang saya kandung.

“Tak tahu nak gambarkan bagaimana perasaan gembira dan bahagianya ketika itu. Lebih-lebih lagi bila melihat anak dalam kandungan kini membesar dengan sihat.

“Sebenarnya saya dan suami tak kisah pun tentang jantina bayi, yang penting kandungan sihat dan selamat,” katanya.

Tambah Yaya lagi, dia tidak sabar untuk membeli kelengkapan untuk bayi perempuannya itu.

“Kami sebenarnya belum beli barang-barang bayi. Tapi bila dah tahu jantina bayi ni, rasa tak sabar pula nak shopping untuk dia.

Shopping barang bayi perempuan seronok sebab macam-macam fesyen dan bajunya pula berwarna-warni. Sangat comel!

“Insha-Allah kami akan beringat dan bersederhana sahaja ketika berbelanja. Tak mahu membazir dan akan beli barang yang perlu sahaja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Yaya dan dua adiknya Emma serta Chacha ketika ini sedang menjayakan sebuah program realiti digital keluarga, The House.

The House disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak atau www.thehouse.com.my pada setiap hari Rabu jam 4.00 petang dan diikuti dengan siaran televisyen yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap hari Isnin jam 9.30 malam.